Thursday, August 25, 2011

KEM MOTIVASI "DARI HATI KE MATA"

19 OGOS 2011 - Darul Quran JAKIM melalui Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ) telah diberi kepercayaan oleh Maktab Rendah Sains Mara, Lenggong, Perak untuk menguruskan Kem Motivasi “Dari Hati Ke Mata” bertempat di kompleks Darul Quran, Kuala Kubu Bharu. Seramai 26 orang peserta lelaki dan 12 orang peserta perempuan hadir dari sekolah berkenaan.

Antara modul-modul yang telah diadakan ialah “Al-Quran Sebagai Sumber Kekuatan”, “Solat Pencetus Muslim Bestari”, dan riadah bermodul yang menerapkan nilai kerjasama. Peserta juga dikehendaki menghafaz surah-surah pilihan yang telah ditentukan sepanjang program sebagai kekuatan jiwa.

Program ini telah berlangsung selama 3 hari bermula 12 hingga 14 Ogos 2011. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Ustaz Ab. Malek bin Ab. Manaf, Penolong Pengarah Kanan Hal Ehwal Pelajar Darul Quran JAKIM. Dalam ucapan perasmian tersebut, para peserta diingatkan supaya memberikan perhatian kepada al-Quran dan solat yang menjadi kunci dan kekuatan utama dalam membentuk sesuatu kejayaan.

0 comments: