Wednesday, August 24, 2011

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH DAN FORUM PENGHAYATAN RAMADHAN 2011

13 Ogos 2011 - Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ) melalui Lajnah Dakwah Dan Tarbiyah (LADAR), dengan kerjasama bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Darul Quran telah mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah dan Forum Penghayatan Ramadhan pada 13 Ogos 2011 bersamaan dengan hari Sabtu. Kedua-dua program ini telah diadakan di Masjid Darul Quran JAKIM bersempena dengan Kempen Bi’ah Solehah 2011.

Program ini terbuka kepada semua mahasiswa dan mahasiswi Darul Quran. Selain itu, pihak penganjur juga menjemput pelajar-pelajar dari sekolah terdekat iaitu Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kubu Bharu (MRSMKKB) seramai 20 orang.

Kursus Pengurusan Jenazah ini bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada pukul 1 petang. Penceramah yang dijemput untuk mengendalikan kursus ini ialah Ustaz Zali bin Soleh, Pegawai Agama di Lembaga Zakat Selangor. Kursus ini dimulakan dengan teori berkenaan cara menguruskan jenazah dan diikuti dengan praktikal pengurusan jenazah. Peserta kelihatan sungguh bersemangat dan teruja sepanjang kursus praktikal dijalankan.

Pada sebelah malam pula, program ini diteruskan dengan Forum Penghayatan Ramadhan yang bertajuk ‘Ini Ramadhan Terakhir’ telah disampaikan oleh dua orang ahli panel iaitu Ustaz Shahrulkarnain bin Mohd Nazir, Pensyarah Darul Quran dan Ustaz Muhadir bin Haji Joll, Penceramah bebas serta moderator forum iaitu, Muhammad Hasnan bin Daud, Pelajar Diploma Tahfiz Darul Quran. Suasana forum pada malam tersebut terasa sungguh bersemangat apabila moderator forum memberi kata-kata aluan yang sungguh mencuit hati. Kupasan dan huraian yang dilontarkan oleh kedua-dua ahli panel sedikit sebanyak membuka minda masyarakat Darul Quran tentang pentingnya penghayatan yang sebenar terhadap Ramadhan Al-Mubarak. Forum pada malam tersebut diakhiri dengan pengijazahan zikir Ratib Al-Haddad yang disempurnakan oleh Ustaz Muhadir bin Joll diikuti dengan penyampaian cenderahati kepada ahli panel sebagai tanda penghargaan.

(Gambar-gambar sepanjang program)


2 comments:

slama alaik.

untuk lbh menarik ana cdgkn u lampirkan gambar2 smasa program. teringin jugak nk tgok.

syukran.

salam..gambar memang ade,tapi x sempat nak uplod atas masalah teknikel..insyaallah lepas ni ada..