Saturday, April 4, 2015

Calon Diploma Tahfiz Darul Quran Duduki Peperiksaan Akhir Semester

Semua Pelajar Semester Enam Program Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Darul Quran Jakim dan Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri seluruh Malaysia berkampung di Kampus Darul Q uran Kuala Kubu Bharu bagi tujuan menjalani peperiksaan akhir semester.
Seramai 372 orang calon akan menduduki peperiksaan pada kali ini. Daripada jumlah tersebut, seramai 203 orang merupakan pelajar Darul Quran. Manakala selebihnya adalah pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri seluruh Malaysia yang seramai 169 orang.
Peperiksaan yang bermula pada 02 Mac  itu dimulakan dengan subjek Al-Quran Tahriri dan dijangka berakhir pada 06 Mac dengan subjek Tarikh Al-Qurra’.
Sementara itu, peperiksaan diploma bagi pelajar semester dua dan empat  akan bermula pada 16 Mac akan datang.










Friday, April 3, 2015

Majlis Perpisahan Pengarah Darul Quran Puan Hajah Zawanah binti

Telah berlangsung majlis perpisahan bersama Pengarah Darul Quran Pn. Hjh. Zawanah binti Muhammad yang bakal bertukar ke Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) pada tanggal 16 Mac tahun ini. Majlis dimulakan dengan perarakan Puan Pengarah dengan menaiki kereta antik diiringi alunan kompang dari pelajar Darul Quran.
Perkhidmatan beliau di Darul Quran bermula dari tanggal 15 Oktober 2008 sebagai Ketua Penolong Pengarah kemudian ke Bahagian Pengurusan Fatwa dengan kenaikan pangkat ke Gred S54. Namun tidak lama selepas itu , beliau kembali ke Darul Quran pada tanggal 1 Jun 2013 dengan jawatan Pengarah Darul Quran sehingga 13 mac 2015.
Turut diadakan majlis makan tengahari dan tayangan slideshow tentang penglibatan dan jasa yang disumbangkan oleh Puan Hjh. Zawanah disepanjang perkhidmatan beliau di Darul Quran dari tahun 2008 hingga 2015 .















Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Semester Enam Diploma (Marbawi)

Suasana sekitar Majlis Khatam Hafazan Al-Quran (Pelajar Program Diploma) yang berlangsung pada pagi Sabtu 28/02/2015 lepas di Dewan Muktamar DQ.




















Majlis Perhimpunan Pelajar & Penyampaian Hadiah Anugerah Pengarah

26 Januari 2015 , Dewan Muktamar Darul Quran JAKIM telah berlangsung Majlis Perhimpunan Pelajar serta Penyampaian  Anugerah Pengarah kepada pelajar serta pensyarah yang telah berjaya menunjukkan prestasi cemerlang bagi tahun 2014. Seramai  120 pelajar  dan 20 orang pensyarah menerima sijil penghargaan di atas kejayaan dan komitmen yang ditunjukkan oleh para pelajar dan pensyarah Darul Quran.












Perlantikan Organisasi Baru Majlis Nuqaba'

Sekitar majlis perlantikan organisasi baru Majlis Nuqaba' Darul Quran.









Kemasukan Pelajar Baru IQRAC 15/16

Seramai 100 daripada 130 pelajar baharu Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM – UIAM mula mendaftar masuk bermula jam 8.30 pagi hari ini. Para pelajar tersebut diraikan pada Majlis Sambutan Pelajar Baharu Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM – UIAM yang telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Haji Razali bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) JAKIM.
Bacaan ikrar dan majlis penyerahan pelajar kepada pihak Darul Quran turut berlangsung pada majlis tersebut. Para pelajar ini juga akan mengikuti minggu Haluan Siswa selama 5 hari bermula 29 Disember 2014 sehingga 02 Januari 2015.