Friday, August 26, 2011

PROGRAM MENYUSURI KASIH | PELAJAR DARUL QURAN

20 Ogos 2011 – Persatuan Kebajikan Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ) melalui Lajnah Tadbir & Perhubungan Luar telah melaksanakan satu program Mini Bakti Huffaz atau lebih dikenali dengan ‘Program Menyusuri Kasih 2011’ bertempat di Kampung Ampang Pecah pada 19 dan 20 Ogos 2011 bersamaan 19 dan 20 Ramadhan 1432. Seramai 59 orang peserta yang terdiri daripada 25 orang pelajar lelaki dan 34 orang pelajar perempuan. Program ini dimulakan dengan ucapan perasmian oleh penasihat PERKEMAT, Ustaz Abd. Aziz Abd. Samad. Kemudian program diteruskan lagi dengan majlis penyerahan anak angkat kepada keluarga masing masing. Sebanyak 8 keluarga telah mengambil bahagian dalam program ini. Jelas terpancar kegembiraan di wajah kedua-dua pihak apabila menerima keluarga angkat masing-masing.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut berlangsung ialah gotong royong memasak bagi juadah berbuka, solat tarawih berjemaah, bacaan Tahlil dan Tadarus Al-Quran dan Qiamullail.

Para peserta program juga turut menyumbangkan ilmu dan pengalaman melalui motivasi pagi bersama para pelajar tingkatan 1 dan 2 dari Sekolah Menengah Ampang Pecah. Program ini berakhir dengan majlis penutup yang dirasmikan oleh Y.Bhg. Ustaz Mat Lazim Mat Hassan mewakili Pengarah Darul Quran.

0 comments: