SALAM MINDA DINAMIK....rakan taulan ulul albab sekalian, hari ini saya bersyukur pada Tuhan Maha Pencipta kerana diberi kekuatan oleh Allah Taala untuk menggerakkan anggota bagi menulis sebuah warkah yang tidak seberapa ini. Namun diri ini memikirkan suatu keperluan untuk menyatakan di dalam media sebegini bagi membela nasib tunas-tunas Islam yang makin hari kian rapuh imannya..
Beberapa minggu lalu, negara yang di akui Islam agama rasminya telah menerima suatu berita yang mana seorang ahli politik di barisan oposisi negara terlibat dengan sketsa lucah di salah sebuah hotel di ibu kota. Pertuduhan ini telah dilemparkan oleh seorang tokoh yang dikanali ramai, dan ternyata ia telah menggemparkan seluruh isi negara.
Mengikut konteks pertuduhan dalam Islam, yang diperbahaskan secara ilmiah, pihak yang melakukan pertuduhan hendaklah membawa empat orang saksi sebagaimana yang telah ditazkirkan oleh Allah Taala di dalam surah an-Nur. Tambahan setiap orang saksi ini perlu melakukan sumpah sebanyak lima kali yang mana empat kali sumpah menyaksikan perlakuan tersebut dan sumpah yang terakhir adalah merupakan sumpah laknat.
Sementara itu, kes sebegini hendaklah di letakkan di bawah perbicaraan mahkamah syariah dan bukannya mahkamah sivil. Biarlah syariat Islam mengadili insiden tersebut. di samping itu,bagi mana –mana pertuduhan yang dibuat tanpa empat orang saksi sepatutnya dikenakan hukuman QAZAF.
Malahan itu, Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ) mengecam tindakan beberapa pihak yang cuba menyiarkan serta menyebarkan klip video ini untuk tatapan umum. Tidak kurang juga bagi pihak pengamal media yang turut bersama menayangkan video ini di dalam slot berita televisyen masing-masing.
Apa nak jadi dengan negara Malaysia sekarang ini? Ternyata kesan yang buruk akan berlaku selepas daripada insiden ini terutamanya selepas tindakan pihak media yang tidak bermoral itu. Pemuda dan pemudi yang bergelora nafsuya disajikan dengan juadah yang mengancamkan masa depan mereka sendiri kelak. Apa gunanya dadah dihalang penjualan sekiranya tayangan video lucah dibenarkan di dalam media-media tempatan.
Hal ini dapat diertikan seperti membina bangunan dan pada masa yang sama kita meruntuhkan. Teringat kepada kata-kata hukama’ yang ada menyatakan jika kita mahu melihat pemimpin zaman akan datang, maka lihatlah keadaan remaja zaman sekarang ini.
Pihak persatuan mengajak sahabat sekalian untuk bersama-sama mengutuk kes ini dan juga insiden mneyebar serta menayangkan klip video untuk tatapan orang ramai. Justeru, PERKEMAT DQ menggesa pimpinan agamawan untuk turun padang bagi menjelaskan hal ini menurut perbahsan ilmiah Islam. Cerahkanlah pemikiran orang-orang awam yang telah kotor dan pening dengan kelibat politik di negara Malaysia. Manakala bagi pihak berkuasa tempatan, harapan kami turut diluahkan agar tiada sebarang kompromi di dalam siasatan kes sebegini dan biarlah laporan yang akan keluar nanti adalah benar-benar telus bagi memastikan keadilan akan tertegak di medan yang sebenar.
Sekian...
Che Faizul Azhar Bin Che Mat
Yang Dipertua
Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran
Sesi 2010/2011
0 comments:
Post a Comment