Thursday, November 10, 2011

Pengenalan | PERKEMAT DQ



P
engenalan

Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ) merupakan sebuah badan bukan kerajaan, Non-Governmental Organization (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1984. Persatuan ini diuruskan oleh barisan pimpinan mahasiswa Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dengan kerjasama yang baik dari pihak pentadbiran kampus.

Penubuhan persatuan ini pada awalnya adalah bertujuan untuk membantu menguruskan pelajar-pelajar yang ingin menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di Timur Tengah. Namun demikian, persatuan ini dilihat berpotensi besar dalam arena dakwah, sekaligus fungsi persatuan ini telah diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa berdasarkan kerelevanan dan kesignifikan kondisi semasa.

Persatuan ini terdiri daripada :

(a) Majlis Tertinggi :

· Yang Di Pertua

· Timbalan Yang Di Pertua

· Naib Yang Di Pertua

· Setiausaha Agong

· Timbalan Setiausaha Agong

· Bendahari Kehormat

· Timbalan Bendahari Kehormat

(b) Lajnah-lajnah :

· Lajnah Dakwah & Tarbiyyah (LADAR)

· Lajnah Pendidikan (DIDIK)

· Lajnah Tadbir & Perhubungan Luar (TADBIR)

· Lajnah Penerbitan & Informasi (LATERINFO)

· Lajnah Ekonomi (LEKON)

· Lajnah Riadhah & Rekreasi (LARIDASI)

· Lajnah Hal Ehwal Siswa/Siswi (HEWA/HEWI)

Alhamdulillah, genap 9,000 hari pemerintahan, PERKEMAT DQ telah menyambut sambutan Jubli Perak sempena ulangtahunnya yang ke-25 pada 2010 bersamaan 1431H.

Kini, PERKEMAT DQ meneruskan usaha murni perjuangan Baginda s.a.w. dengan memakmurkan suasana biah solehah di kampus ‘barakah’ Darul Quran, seterusnya menyemarakkan lagi nukleus-nukleus dakwah kepada mahasiswa Darul Quran dengan harapan dan impian besar kami iaitu,

“Ke Arah Pembentukan Generasi Al-Quran Yang Unik”



0 comments: