Baru-baru ini Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar Darul Quran telah menganjurkan satu program yang diberi nama THE FAITH ( The Futurisation of Intelectual Huffaz ). Program ini mensasarkan peserta dari kalangan pelajar Persijilan DQ-UIAM Semester 1 siswa dan siswi berjumlah 154 orang. Selain itu, turut di bantu oleh pelajar Persijilan Semester 3 dan pelajar Diploma Semester 2 berjumlah 42 orang sebagai naqib dan naqibah yang menjadi pemudah cara. Program ini berjalan selama satu hari dan satu malam bermula pada hari Sabtu 29 Januari 2011 hingga hari Ahad 30 Januari 2011 bertempat di Kompleks Darul Quran. Program yang berorientasikan usrah ini mendapat sambutan hangat daripara peserta dan pihak yang terlibat secara langsung lebih-lebih lagi dengan tema yang mencetus semangat iaitu“ Synergy of Huffaz, Empowering the World ”
Program bermula dengan pendaftaran peserta bertempat di Auditorium Sheikh Mohd Nor pada hari Sabtu tepat jam 9.00 malam. Seterusya, majlis dimulakan dengan Forum Perdana bertajuk“ Islam : Kompas Kehidupan ataupun Perhiasan “ yang di sampaikan oleh ahli panel jemputan iaitu Saudara Muhammad FakhrurRidzwan b. Othman ( Mantan YDP PERKEMAT 09/10), Saudara Muhd Safwan b. Abdullah ( Mantan Ketua Unit Usrah LADAR PERKEMAT 09/10) dan Saudara Muhd Khairi b. Salleh ( Mantan Ketua Unit Tarbiyah LADAR PERKEMAT 09/10) serta dipengerusikan oleh salah seorang peserta yang bertuah. Forum ini membicarakan tentang Islam secara keseluruhan yang berperanan menjadi panduan hidup muslim terbuka juga kepada semua warga Darul Quran. Forum berakhir pada jam 11.00 malam dengan penyampaian cenderahati kepada ahli panel dan moderator. Program diteruskan dengan slot khas iaitu acara pentas, Pentomen yang berkisar tentang suasana usrah dan membawa motif agar para peserta dapat meneruskan pengajian sehingga akhir tempoh yang ditetapkan. Slot khas yang mengambil masa 15 minit ini dijayakan oleh beberapa orang pelajar Persijilan Semester 3 selaku senior yang berpengalaman. Majlis pada malam itu bersurai pada jam 11.30 malam.
Program pada keesokan harinya 30 Januari 2011 diteruskan lagi dengan Qiamullail Perdana bertempat di Masjid Darul Quran bagi banin dan di Surau asrama bagi banat seawal jam 5 pagi. Seusai solat Subuh, kira-kira jam 6.30 pagi para peserta bergerak ke Auditorium Sheikh Muhd Nor untuk mengikuti Kuliah Subuh yang disampaikan oleh Mantan Exco LADAR PERKEMAT 09/10, Saudara Marwan Bukhari b. Abdul Hamid. Kuliah yang bertajuk“ Ciri-ciri Khusus Islam “ ini disampaikan dengan penuh bersahaja di dalam suasana ilmiah berkaitan perincian ciri-ciri khusus Islam yang harus difahami dan dipraktikkan oleh setiap individu muslim dalam menggapai Mardhatillah. Pada jam 8.00 pagi, program diteruskan dengan aktiviti Riadhah bermodul. Bagi banin di padang besar manakala bagi banat di surau asrama. Peserta banin dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan dan disusuli dengan modul Manusia Terapung. Bagi banat pula, unit Riadhah telah menjalankan aktiviti senaman Parkinson dan modul Serentak Seirama yang berobjektifkan kesatuan dan menguatkan silaturrahim dalam kalangan peserta. Slot Riadhah diakhiri dengan khulasah secara keseluruhan oleh Unit Riadhah. Kemudian, para peserta diberi masa selama 20 minit untuk sarapan pagi dan kendiri. Pada jam 9.30 pagi, para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 2 buah usrah dalam satu kumpulan untuk melancarkan slot LDK. Slot ini berkonsepkan diskusi dalam usrah yang kendalikan oleh 2 orang coordinator setiap kumpulan bagi membincangkan tajuk forum pada malam tadi. Slot LDK ini dijalankan di sekitar kelas di bahagian pentadbiran. Di dalam slot ini, peserta di beri peluang mengutarakan pendapat masing-masing, berkongsi ilmu dan pengalaman selama satu jam dan diakhiri dengan kesimpulan yang bernas daripada koordinator yang terlibat. Para peserta kemudiannya bergerak ke auditorium untuk mendengar kesimpulan hasil diskusi bersama Ketua Unit Usrah, Saudara Mohd Fahmi b. Mokhtar.
Sementara menunggu kehadiran penceramah, Unit Penyelaras Program telah mengisi masa yang terluang dengan mengendalikan beberapa modul dan menyanyikan lagu tema bertajuk“ Bingkai Kehidupan “ untuk menaikkan semangat bagi meneruskan program. Setelah hamper satu jam, penceramah yang ditunggu telah tiba. Ustaz Muhd Miftah B. Anuar merupakan Graduan Darul Quran sesi 2005 dan berkhidmat sebagai Pegawai JAKIM di Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah dijemput khas untuk menyampaikan ceramah bertajuk “ Q1 + Q2 + V = C “ merupakan singkatan kepada istilah ( Quality + Quantity + Value =Compensation). Pengisian ceramah yang member penjelasan mengenai konsep ibadah mementingkan soal kualiti, kuantiti, nilai atau adab dalam beribadah akan membuahkan ganjaran yang sempurna dari Allah Subhanahu Wata`ala. Ceramah tersebut telah berakhir pada jam 1.15 petang dengan acara penyampaian cenderahati oleh pengarah program kepada penceramah. Seterusnya, para peserta dipecahkan kepada beberapa kumpulan mengikut usrah untuk slot LDK yang kedua. Di dalam slot ini, peserta telah dibekalkan dengan kertas mahjong dan pen untuk berbincang dalam kumpulan masing-masing seterusnya membentangkan hasil perbincangan dan kefahaman mereka berkaitan ceramah yang telah diikuti sebentar tadi. Setelah hamper setengah jam slot LDK ini berjalan, para peserta kembali ke Auditorium untuk mendengar kesimpulan akhir yang disampaikan oleh Saudara Muhammad Fakhrur Ridzwan b. Othman selaku Mantan YDP PERKEMAT sesi 09/10.
Acara yang dinanti-nantikan telah tiba iaitu acara kemuncak Majlis Perasmian Penutup. Dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis, ucapan Pengarah Program, Saudara Tengku Ibrahim Helmi b. Tengku Mohammad dan diakhiri dengan ucapan perasmian penutup Program The Fatih yang disempurnakan oleh Ustaz Muhd Anuar b. Baharudin, Penolong Pegawai Ko-Kurikulum Bahagian Hal Ehwal Pelajar Darul Quran. Para hadirin disajikan dengan tayangan barisan koordinator program sebagai menghargai usaha mereka dalam menjayakan program serta tidak ketinggalan tayangan khas sepanjang program yang bakal menjadi kenangan bersama pada masa akan datang. Majlis bersurai pada jam 3.30 petang dengan acara penyampaian cenderahati kepada Ustaz Muhd Anuar b. Baharudin di atas kesudian merasmikan majlis penutup program ini.
0 comments:
Post a Comment