Saturday, April 16, 2011

Mafatihul Mahabbah Persijilan 11-12

Program ini bermula dengan pendaftaran para peserta di Kem Siti Khadijah,Batang Kali pada pukul 3.30 petang dan diteruskan kepada pembahagian kumpulan.

Manakala perasmian penutup pula diadakan pada 02 Januari 2011 di Kem Siti Khadijah,Batang Kali.Majlis dirasmikan oleh Ustaz Abd Aziz b.Abd Samat selaku Penasihat Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz, Darul Quran, JAKIM.Majlis dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan oleh pengarah program iaitu saudara Mohammad Najmi b.Mohd Affendi.Majlis tersebut diserikan dengan tayangan slide show pelaksanaan program dan aktiviti-aktiviti peserta serta penyampaian hadiah dan cenderahati kepada para peserta dan juga perasmi.Majlis bersurai pada pukul 3.00 petang.

1.4.2 AKTIVITI-AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah satu Forum Perdana,dua slot

ceramah/kuliah,satu latihan dalam kumpulan (LDK),dua riadhah bermodul,satu slot khas,jungle trekking (banin),explorace (banat) dan majlis perasmian penutup.

· Forum Perdana

Forum Perdana ini berlangsung di Kem Siti Khadijah bertempat di dewan serbaguna pada 01 Januari 2011 bersamaan 27 Muharram 1432H. Majlis bermula pada pukul 9.30 malam. Tajuk forum pada malam itu ialah “Nahwa Jiilul Quranil Farid”yang mana telah disampaikan oleh dua orang panel yang diundang khas iaitu ustaz Razlan b. Mohd Bakri dan ustaz Wan Mohd Nor b.Wan Ali. Kedua-dua ahli panel ini berasal dari Kelantan dan merupakan pensyarah Darul Quran.Manakala moderator pula terdiri daripada perwakilan IQRAC. Forum tersebut tamat pada pukul 11.30 malam.

· Slot Ceramah

Ceramah 1 - Ceramah 1 telah diadakan di dewan serbaguna pada 31 Disember 2010 bersamaan 26 Muharram 1423 H ( Jumaat ). Ceramah inibermula pada pukul 9.30 malam dan telah berakhir pada pukul 10.30 malam. Ianya telah disampaikan oleh Ustaz Shahrulkarnain b. Mohd Nazir dengan tajuk “Professional Huffaz ( PROFAZ ) : Antara Realiti dan Fantasi?”. Isi ceramah yang telah disampaikan sangat berguna dan amat bermanfaat terutama bagi peserta.

Ceramah 2 - Telah diadakan di dewan serbaguna pada 1 Januari 2011 bersamaan 27

Muharram 1432H (Sabtu). Ceramah bermula pada pukul 9.15 pagi sehingga 10.45 pagi.Ceramah bertajuk “Obstacles & Tribulation : Challanges For Huffaz” ini telah disampaikan oleh Ustaz Najmul Khairi b. Mahmud Zuhudi yang dijemput khas daripada negeri Che Siti Wan Kembang. Alfadhil penceramah telah menyampaikan ceramah dengan penuh bersemangat dan menyebabakan peserta memberi tumpuan yang penuh pada sesi ceramah ini.

· Latihan Dalam Kumpulan

LDK -(Bina Negara ) -Aktiviti ini juga berlansung pada satu januari 2011 bersamaan 27 Muharram 1432 H ( Sabtu ). Aktiviti ini bermula pada pukul 2.00 petang setelah selesai solat zohor dan makan tengah hari. Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan telah dipantau oleh beberapa orang koordinator program. Para peserta dikehendaki membina sebuah negara berdasarkan soalan – soalan yang telah diberi. Semua peserta mengambil bahagian dan memberikan partisipasi serta komitmen yang tinggi terhadap aktiviti yang dijalankan. Antara objektif yang ditekankan adalah kemahiran untuk mentadbir negara. Aktiviti ini selasai pada pukul 4.15 petang.

· Slot Khas

Slot khas ini berlangsung pada hari yang sama dengan LDK dan berlangsung selama satu jam.Bermula pada pukul 11.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.Slot ini adalah slot tayangan tentang usrah yang dijalankan di Darul Quran.Turut ditayangkan video Sultan Muhammad Al-Fateh yang terkenal dengan kejayaannya menakluk kota Konstantinopel di bawah pemerintahannya.Antara objektif slot ini ialah memberi gambaran tentang usrah DQ kepada para peserta sekaligus memberikan semangat kepada para peserta untuk menjalani kehidupan realiti di Darul Quran.

· Riadhah Bermodul

Riadhah 1 -( Situasi DQ ) -Para peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan banin diajak berbual,dan sebagainya.Aktiviti ini berlangsung pada 1 Januari 2011 bersamaan 27 Muharram 1432 H ( Sabtu ) pada pukul 5.15 petang hingga 6.00 petang. Melalui modul riadhah ini para peserta diberi gambaran realiti sebenar di Darul Quran.

Riadhah 2 -( Rantai Ukhuwah) -Para peserta dibahagi kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diberi kertas A4 dan mereka diminta untuk menjadikan kertas itu sebagai bulatan kepada kumpulan masing-masing tanpa memutuskannya. Setiap bulatan mesti dimuatkan oleh setiap ahli kumpulan. Antara lain objektif modul riadhah ini adalah untuk melahirkan rasa tanggungjawab sesama sahabat. Modul ini dijalankan pada pagi Sabtu bersamaan 1 Januari 2011.

Keseluruhannya,program ini tidak terlalu mengalami perubahan dari segi tentatif asalnya,Cuma perubahan pada penceramah pada sesi ceramah 1 yang mana pada asalnya penceramah yang diundang ialah Ustaz Mohd Firdaus b.Rosli,akan tetapi terpaksa ditukar dengan Ustaz Shahrulkarnain b. Mohd Nazir. Berlaku juga sedikit kelewatan pada waktu bertolak ke tempat program (Kem Siti Khadijah,Batang Kali).Ini kerana kekurangan bas.Pada asalnya bas yang ditempah adalah sebanyak 4 buah bas,tetapi bas yang tiba hanya 3 buah bas kerana sebuah bas adamasalah teknikal.Bagaimanapun dengan kerjasama semua pihak,masalah ini dapat diselesaikan sebaiknya.Untuk majlis penutup pula,pada asalnya perasmi yang dijemput ialah Ustaz Paimuzi b. Yahya, Pengarah Darul Quran,akan tetapi terpaksa ditukar dengan Ustaz Abdul Aziz b.Abd Samat,Penasihat persatuan kebajikan pelajar maahad tahfiz,Darul Quran (PERKEMAT DQ) kerana beliau ada urusan yang perlu diselesaikan.

0 comments: