Tuesday, April 19, 2011

PROGRAM FUTUWWAH 2011

Program FUTUWWAH merupakan program anjuran Intellectual Quranic Generation Club (I.Q.RaC) dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ) dan pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) Darul Quran, JAKIM. Program ini melibatkan partisipasi semua ahli Intellectual Quranic Generation Club (I.Q.RaC) semester satu. 2011/2012

Seinfiniti kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi, program yang bermula pada tanggal 11 sehingga 13 Februari 2011 bersamaan 21 hingga 22 Zulkaedah 1431H ini dapat dijalankan dengan jayanya seperti yang telah dirancang. Dengan partisipasi dan kekuatan anggota urusetia seramai 19 orang yang terdiri daripada perwakilan IQRAC, program ini dapat berjalan dengan lancar dengan penyertaan semua ahli IQRaC semester satu.

Lokasi program FUTUWWAH pada kali ini ialah di Kompleks Darul Quran dan di kawasan Taman Millenium.

Program ini bermula pada 11 Februari 2011,jam 5.30 petang bertempat di padang asrama banin bagi banin dan padang asrama banat bagi banat.Majlis perasmian telah dibatalkan kerana terdapat program gotong royong Darul Quran.Pada petang tersebut diadakan promgram riadah yang dikendalikan oleh saudara Hanif bin Mahpa bagi peserta banin dan dikendalikan oleh Siti Nurain binti Mahayuddin bagi peserta banat.Pada sebelah malam diadakan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Wan Mohammad Nor bin Wan Ali.Majlis tamat pada pukul 12.00 malam dan diakhiri dengan tasbih kaffarah dan surah al Asr.

Sabtu, 12 Februari 2011 jam 8.30 pagi bertempat di Auditorium Syeikh Mohd Nor, dimulakan sesi ceramah yang bertajuk Akhlak islamiyah satu tuntutan.Seterusnya diikuti dengan ceramah pengusiran yahudi.Pada sebelah petang pula jam 2.30 petang diadakan LDK bagi kesemua ceramah.Pada jam 9.00 malam diteruskan lagi dengan forum perdana yang disampaikan oleh Ustaz Syamsul Hakim dan Ustaz Rasyidi.majlis berakhir dengan slot muhasabah.

Ahad 13 Februari 2011 jam 8.30 pagi semua peserta banin bergerak ke Taman Millenium manakala peserta banat bergerak ke kawasan kediaman pensyarah untuk riadah berukhuwwah dan beberapa modul dijalankan.Pada jam 12.00 tengahari semua peserta kembali ke Audittorium Syeikh Mohd Nor untuk Majlis penutupan yang dirasmikan oleh Ustaz Mat Lazim bin Hassan selaku Ketua Penolong Pengarah Cawangan Ijazah dan dihadiri oleh YDP PERKEMAT iaitu Saudara Che Faizul Azhar bin Che Mat dan Ex-Officio IQRaC iaitu Saudara Ahmad Naemuddin bin Adnan.Majlis berakhir pada pukul 2.00 petang dan diakhiri dengan tasbih kaffarah dan surah Al Asr.

Kami di barisan urusetia program amat berterima kasih kepada pihak pentadbiran Darul Quran yang menyediakan pelbagai kemudahan kepada kami dalam memastikan kelancaran program ini.Walaupun sepanjang program ini berjalan, wujud juga sedikit kelompangan dan masalah namun,perkara tersebut tidaklah mendatangkan kecacatan yang besar kepada program ini.

Secara prioriti dan kesimpulannya, program ini berpaksikan kepada beberapa matlamat dan objektif penting iaitu bertujuan melahirkan para daie seiring dengan pemantapan tarbiyyah,merapatkan jurang dan mengeratkan ukhuwah dalam kalangan ahli Intellectual Quranic Generation Club (I.Q.RaC) bersama naqib-naqibah,melahirkan huffaz yang dapat mengintegrasikan ilmu duniawi dan ukhrowi dan memberikan pengetahuan yang lebih mendalam tentang Islam selaras dengan kemajuan teknologi zaman sekarang,serta pendedahan kepada golongan huffaz method-method yang terkini dalam mengembangkan usaha dakwah secara lebih universal.

Jutaan terima kasih diungkapkan buat semua pihak yang bertungkus-lumus dalam menjayakan Program Futuwwah. Semoga segenap usaha yang dicurahkan diganjari oleh Allah S.W.T. Sekian.





0 comments: