Thursday, December 9, 2010

Setulus Bicara Mantan Exco PERKEMAT DQ 09/10


MANTAN YANG DIPERTUA (Muhammad Fakhrur Ridzwan Bin Othman)

Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain.”

MANTAN TIMB. YANG DIPERTUA (Mohamad Hasyir Ifwat Bin Mohd Rafi) Buat pejuangku, jangan sesekali engkau merungut atas penerimaan taklifat ini, takut-takut engkau tidak redha pada ketentuan Allah. Dan ketika engkau dihujani ujian mehnah dan duri tohmahan janganlah engkau berkeluh kesah, kerana ujian itu tapisan Allah untuk menentukan martabat dan darjat insan.. dan jangan pula engkau kecewa, putus harapan, takut-takut engkau berputus asa pada rahmat Allah, sedangkan Dia memerhati dan menyayangimu sebagai insan pejuang..

MANTAN S/U AGONG (Ahmad Humaidi Bin Mohd Sayuti)

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua adik-beradik pimpinan ana bagi sesi 2009/2010, dan juga kepada ahli-ahli PERKEMAT DQ yang banyak mentarbiyah dan mendidik diri ini. Seinfiniti kemaafan dari ana sendiri kepada semua ahli dan pimpinan sesi ini selama bergerak kerja dengan ana. Pesanan dan harapan ana kepada ahli dan juga barisan exco PERKEMAT DQ sesi 2010/2011, sekali melibatkan diri dalam persatuan akan menuntut banyak pengorbanan dari sudut masa, tenaga, emosi dan sebagainya. Maka, seimbangkanlah ia dengan sebaiknya. Sokong dan dokonglah segala agenda yang akan dilaksanakan oleh pimpinan sesi ini. Sekian, wallahua’lam.

MANTAN BENDAHARI AGONG (Mohamad Irfan Bin Othman)

Assalamulaikum, buat semua wraga Darul Quran yang dikasihi. Jutaan terima kasih diucapkan atas sokongan yang diberikan dalam menjayakan segala aktiviti dan program yang dianjurkan persatuan. Tidak lupa juga buat sahabat-sahabiah mantan bagi saff kepimpinan PERKEMAT DQ 90/10 yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaga demi kebajikan pelajar sekaligus telah melaksanakan yang terbaik untuk persatuan. Kepada pimpinan PERKEMAT 10/11 yang baru dilantik, laksanakan amanah yang diberikan dengan sempurna dan janganlah berputus asa kerana sumbanganmu cukup bermakna jika kamu memahaminya. Tahniah diucapkan buat pendokong Agama yang mulia ini bagi menyambung kembali mata-mata rantai perjuangan. Mudah-mudahan mendapat keberkatan dan keampunan dari Allah.

MANTAN EXCO LADAR (Marwan Bukhari Bin Ab. Hamid)

“Bayangkanlah bahawa akan diadakan sebuah pameran kereta-kereta mewah yang dirancang dengan teratur. Dikhabarkan bahawa kereta-kereta yang akan dipamerkan canggih, mewah dan menarik. Semua mata terpaku hendak menyaksikannya dengan penuh kekaguman. Di tengah-tengah kegemuruhan sorakan dan debaran para penonton yang menghadiri pameran tersebut, tiba-tiba yang muncul di arena pameran ialah seekor keldai atau unta, bukannya kereta-kereta canggih dan mewah sebagaimana yang dijanjikan. Akhirnya, para penonton terus memaki hamun binatang tunggangan itu dan mencaci pihak penganjur pameran. Demikianlah antara contoh gambaran hodoh mengenai Islam yang disajikan oleh segelintir pendakwah kolot pada hari ini. Sebenarnya merekalah antara faktor wujudnya Islam liberal, sindrom tidak percaya terhadap agama dan golongan anti hadis. Islam tidak perlu diberi tafsiran baru, cukup dengan tafsiran sahih dan tepat sebagaimana menurut al Quran, hadis, ijma’ dan qias. Menuntut tafsiran yang baru dan semasa terhadap Islam ialah satu mitos yang sungguh memualkan! Maka, demikianlah peranan kita para penghafal al Quran, meletakkan Islam di tempat selayaknya.”

MANTAN EXCO DIDIK (Wan Muhammad Bin Wan Yusof)

Assalamualaikum dan salam kemaafan. Selamat maju jaya diucapkan kepada sahabat-sahabat yang dirahmati Allah S.W.T sekalian, semoga suasana Al-Quran sentiasa dapat dihidupkan di Darul Quran ini. Junjunglah Al-Quran, letakkanlah Islam di tempat yang paling tinggi bukan dengan hanya membaca Al-Quran bahkan menjadikan ia sebagai pakaian diri. Jadikanlah Al-Quran itu sebagai lidah untuk berbicara, jadikan ianya tangan untuk berkerja, sebagai mata untuk menilai, tempatnya di hati dan bukan hanya di lidah semata-mata. CARILAH KEBENARAN DI SEBALIK AL-QURAN! Wassalam.

MANTAN EXCO TADBIR (Mohamad Ridhuan Bin Ruslan)

Asaalamulaikum w.b.t, seribu kemaafan dipohonkan kepada semua barisan pimpinan 09/10 dan juga kepada semua ahli PERKEMAT atas segala kekurangan dan kelemahan yang pastinya ada selama ini. Jutaan terima kasih juga buat sahabat-sahabat dan seluruh ahli PERKEMAT atas segala sokongan yang diberikan. Kepada seluruh warga Darul Quran yang masih meneruskan perjuangan dalam menegakkan agama ini, teruskanlah.. ingat, kalau bukan kita siapa lagi? Kalau bukan sekarang bila lagi?.. Wallahua’lam.

MANTAN EXCO LATERINFO (Muhammad Amal Syakir Bin Abd Samad)

Salam secerah pawana buat seluruh ahli PERKEMAT DQ yang dikasihi. Tahniah dan takziah diucapkan khas buat seluruh pimpinan baru PERKEMAT DQ sesi 10/11 atas perlantikan antum sebagai pimpinan yang baru. Sekalung penghargaan & terima kasih ana ucapkan kepada semua di atas sokongan dan komentar yang dilontarkan demi kebaikan Islam. Seinfiniti kemaafan juga dipinta andai terdapat hak kalian yang tidak tertunai dek kerana kedhaifan diri ini. Moga dengan kesucian hati kalian yang sentiasa meneladani sifat pemaaf Baginda s.a.w dibalas Allah dengan nikmat kebahagiaan di Syurga Firdausi. Di kesempatan ini, ana justeru menyeru kepada sahabat-sahabat untuk kita bersama mentajdidkan niat, membulatkan azam dan tekad baru dalam hidup kita sebagai abid dan khalifah.

Wallahua’lam. “GREAT POWER COMES WITH GREAT RESPONSIBILITIES.”

MANTAN EXCO LEKON (Zunnur Aslam Bin Zainondin)

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada saff kepemimpinan Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran [PERKEMAT DQ] sesi 09/10, ahli jawantankuasa Lajnah Ekonomi sesi 09/10 dan seterusnya kepada semua muslimin/muslimat yang bernaung dibawah PERKEMAT DQ (ITQAN,IRSYAD,FIZIQ dan IQRAC) kerana telah memberi nasihat, tunjuk ajar dan kerjasama yang amat baik bagi diri ini. Tidak lupa juga, ucapan tahniah dan takziah kepada saff kepemimpinan PERKEMAT DQ sesi 10/11 yang baru ditabalkan , semoga melaksanakan taklifat dan mudah-mudahan diredhai oleh Allah. Akhirnya, mohon maaf dan ampun kepada semua, andai diri ini tidak memenuhi hak-hak yang sepatutnya perlu dipenuhi sebagai EXCO PERKEMAT DQ. Semoga kalian tidak menuntutnya di akhirat nanti. Moga-moga Al-Quran yang kita junjung pada hari ini, dapat dijadikan petunjuk kepada kita di dunia dan di akhirat nanti, seterusnya menaikkan darjat kita sebagai orang muslim kepada mukmin. Wassalam

MANTAN EXCO LARIDASI (Muhammad Azizul Hakim Bin Mohd Zain)

“Pemuda itu tidak terlalu mengharapkan orang lain untuk melaksanakan sesuatu perkara, tetapi pemuda itu sentiasa yakin pada Allah, dengan segla pemberianNya digunakan sehabis baik untuk tuhannya demi redhoNya.” Untuk pimpinan baru, yakinlah bahawa kamu semua berkemampuan terhadap tanggungjawab yang telah diberikan. Jangan bimbang, jangan gusar dan jangan mudah putus asa. Sentiasa bekerjasama antara satu sama yang lain. Ingatlah Allah tidak bebankan kepada manusia appa yang tidak mampu mereka pikul. Salam perjuangan buat pemuda-pemuda kku. Kamu adalah pemudawarisan.

PemudaMU

(Azizul Hakim)

MANTAN EXCO HEWA (Ahmad Mukrim Bin Adnan)

Assalamualaikum, salam wadah ukhuwwah dari ana. Ucapan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T atas segala nikmat serta selawat dan salam buat Baginda yang mulia,Nabi Muhammad S.A.W. Pertamanya, ana mengucapkan tahniah dan takziah buat pimpinan baru di atas pelantikan baru-baru ini. Moga kalian thabat dalam perjuangan yang pasti berduri. Terdetik di hati ini memohon seinfiniti kemaafan di atas kesalahan mahupun kekurangan selama ana memegang taklifat lajnah HEWA selama ini. Namun banyak kenangan indah bersama kalian,ana sematkan dalam hati dan ingatan ana buat selama-lamanya. Pengalaman bawa pelajar ke hospital, nama di panggil setiap kali blackout, selesaikan ular tedung di asrama,bilik sentiasa dikunjungi sahabat dan adik-adik,kemesraan yang baik antara kakitangan Darul Quran dan bermacam-macam lagi membuat ana tersenyum sendirian. Walaupun tidak akan berulang lagi,ana sentiasa mendoakan kesejahteraan antum semua kerana menganugerahkan kepada ana pengalaman yang amat bermakna ini. Moga antum dirahmati dan diampuni Allah. Buat pimpinan baru, lakukan yang terbaik untuk kali ini. Ana mendoakan antum manjadi lebih baik daripada kami. ‘HARAPAN BARU UNTUK PERKEMAT’. Bersama ‘MEMACU PERUBAHAN’.

MANTAN TIMB. HEWA (Raja Ahmad Hanif Bin Raja Shaifulzaman)

Assalamulaikum w.b.t, Alhamdulillah pemilihan pimpinan baru telah pun sempurna dilaksanakan. Mudah-mudahan dengan naiknya pimpinan yang baru ini akan membawa satu anjakan paradigma kepada persatuan. Dalam cabaran pimpinan baru kali ini, untuk mendepani isu-isu yang berbangkit adalah sangat penting untuk semua ahli bersatu di bawah payung Islam, mempertahankan sebuah perjuangan. Bukan atas dasar “Asabiyah”, kepentingan terentu dan sebagainya. Justeru, kefahaman kita semua tentang Islam perlulah diterjemahkan dalam bentuk perlaksanaan kita membantu gerak kerja persatuan. Wallahua’lam.

MANTAN NYDP (Nur Afifah Binti Mohamad)

Orang yang memimpin dengan jawatan dan kedudukan adalah mereka yang gagal memimpin dalam dunia realiti sebaliknya orang yang memimpin dengan pengaruh dan kualiti diri adalah mereka yang benar-benar berjaya dalam memimpin.

MANTAN T.S/U AGONG (Farhanah Binti Mohd Rafie)

يا أيها الذي أمنوا إن تنصروا الله ينصركم ويثبت أقدامكم

Salam perjuangan buat soff kepemimpinan PERKEMAT 10/11..Takbir !!

MANTAN T. BENDAHARI AGONG ( Nur Hidayah Binti Haji Mustafa)

BUAT BARISAN KEPEMIMPINAN perkemat 10/11, Sesungguhnya apa yang kita lakukan hari ini bukan untuk kita. Segala jerih payah dan keringat yang mengalir adalah untuk umat Muhammad.Biar baginda tahubahawa kita benar2 cintakan Islam..Salam Jihad..Mulia kita kerana Islam !!

MANTAN TIMB.EXCO LADAR (Hazirah Binti Isa)

Salam perjuangan buat Qiyadi PERKEMAT 10/11,benar harapan ana agar soff kepimpinan kalian dapat meneruskan agenda utama PERKEMAT dalam memperkasakan serta membudayakan biah solehah di bumi tarbiah DQ ini..Jadilah pemimpin yang rela ditarbiah untuk mentarbiah! Siiru ‘ala mardhtillah..

MANTAN TIMB.EXCO DIDIK (Nurhayati Binti Mohd Nasir)

Salam,renungan buat generasi AQ dulu, kini dan akan datang..Cintailah AQ,Rinduilah untuk membacanya,Sayangilah akan hafalan bagi setiap hurufnya,Beramallah dengan isi kandungannya dan berpegang teguhlah dengannya..Wallahu a’lam bissowab.

MANTAN TIMB.EXCO TADBIR (Nur ‘Adilah Binti Ibrahim)

Assalamualaikum,Besar harapan kepada pimpinan PERKEMAT 10/11 untuk merealisasikan slogan dari ahli “ Harapan baru untuk PERKEMAT”..Moga setiap langkah antum mendapat petunjuk dan diberkati Allah

MANTAN TIMB.EXCO LATERINFO (Wan Khuzaifiah Wan Jusoh)

Jangan kamu intima’ dalam dalam dakapan dakwah kemudian kamu duduk sahaja.. Jangan kamu berukhuwah sekadar untuk gembira dan membaja rasa...Jangan kamu meneguk tarbiah sekenyang-kenyangnya kemudian kamu berdengkur lena mengeraskan ilmu di dada..Salam tarbiah dalam tribulasi..

MANTAN TIMB.EXCO EKONOMI (Siti NurJannah Binti Mastor Mustafa)

Dalam jauh sebuah perjalanan ,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,kadang2 kecemerlangan gagal dicapai,namun itulah ujian,mencari iamn yang teguh..Semoga terus bersabar ,dikuatkan hati dan tekad dalam perjuangan dijalanNya..Ameen

MANTAN TIMB.EXCO LARIDASI (Nurus Saadah Binti Jaafar )

Sesungguhnya hina mereka yang memegang amanah dengan satu kebanggaan,kau sedang diuji.apepun jawatan,ia tetap amanah,jadilah hamba Allah dan bekerjalah untuk Islam..Salam kemaafan.

MANTAN EXCO HEWI ( Sarah Yasmin Binti Sukareman )

Salam perjuangan buat Qiadi pimpinan Islam..SALAM JIHAD !!

MANTAN TIMB. EXCO HEWI (Nur Syuhada Binti Mohd Shapeni)

Saat kaki melangkah dalam perjuangan,tekadkan niat di hati..Islam pasti bersinar kembali..Selamat berjuang sahabat seperjuanganku..

0 comments: