Wednesday, December 1, 2010

Info Majlis Khatam Hafazan Al-Quran


LATAR BELAKANG

Majlis Khatam Hafazan Al-Quran merupakan program tahunan Darul Quran JAKIM dengan kerjasama *PERKEMAT DQ bagi meraikan para pelajar yang telah tamat menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Setiap tahun, Darul Quran berjaya melahirkan seramai 300 orang graduan tahfiz yang diharapkan mampu menyumbang ke arah pembangunan masyarakat. Majlis yang akan berlangsung pada awal tahun hadapan ini bakal menyaksikan seramai 186 pelajar Program Diploma Tahfiz sesi 2008/2011 dan 97 pelajar Program Persijilan Tahfiz DQ-UIAM sesi 2010/2011 diraikan.






OBJEKTIF

1. Menghimpun dan meraikan bakal graduan Program Diploma Tahfiz Al-Quran 2008/2011 dan Program Persijilan Tahfiz DQ-UIAM 2010/2011 yang telah tamat menghafaz 30 juzuk Al-Quran.

2. Meningkatkan motivasi dan kesedaran kepada para pelajar dalam mempertingkatkan kualiti hafazan Al-Quran.

3. Menanam kesedaran dan rasa tanggungjawab terhadap peranan huffaz dalam mencorak masyarakat berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.


*Persatuan pelajar yang berdaftar sebagai NGO


Sekitar Majlis Khatam Hafazan Al-Quran 2010







0 comments: