Tuesday, February 9, 2010

Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Semester ILHAM

Pada 7 Safar 1431 bersamaan 23 Januari lalu, telah berlangsung acara gilang gemilang di Darul Quran yang diadakan bagi menyambut kejayaan para siswa dan siswi Darul Quran dari semester 6 yang telah menamatkan hafazan al Quran sebanyak 30 juzu’. Acara ini dinamakan Majlis Khatam Hafazan al Quran dengan melibatkan sejumlah 126 orang siswa dan 95 orang siswi. Selain majlis konvokesyen, majlis khatam adalah satu lagi majlis yang meraikan kejayaan siswa dan siswi dengan dihadiri ibu bapa yang menjadikan majlis ini sangat berharga dan bermakna buat para pelajar.

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk oleh Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM dan diikuti para 5 orang lagi VIP dan pensyarah tasmi’ bagi semester 6. Majlis diteruskan lagi dengan Majlis Khatam Pelajar dengan diketuai Ustaz Zaki Bin Abdul Rahman yang mengiringi barisan pelajar yang telah dipilih. Selesai sahaja majlis khatam, Pengarah Darul Quran JAKIM memberikan ucapan beliau dengan diikuti Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM menyampaikan ucapan dan amanat beliau dan sekaligus merasmikan Majlis Khatam Hafazan al Quran.


MAJLIS DISERIKAN DENGAN PALUAN KOMPANG DARI SEMESTER 4 ITQAN


TETAMU VIP DIIRINGI PENGARAH DARUL QURAN MASUK KE DALAM DEWAN









PERASAAN CERIA YANG DIGAMBARKAN SETELAH TAMAT 30 JUZUK



Seterusnya, upacara penyampaian hadiah pula dijalankan yang bertujuan memberi penghargaan kepada para pensyarah tasmi’ yang telah bersama-sama para siswa dan siswi dalam mendidik dan mengajar sehingga mereka berjaya menamatkan hafazan 30 juzu’. Hadiah turut diberikan kepada pelajar cemerlang siswa dan siswi. Mereka ialah Muhammad Ilyas bin Md. Yusoff bagi sebelah banin (siswa) dan Nabilah bt Mohd Ali bagi sebelah banat (siswi).
Majlis selesai pada waktu tengahari dengan jamuan makan buat semua siswa dan siswi yang terlibat dan hadirin.Majlis ini telah berlangsung dengan jayanya dengan kerjasama kakitangan Darul Quran dan para perwakilan semester ILHAM.

PERKEMAT mengucapkan tahniah di atas kejayaan siswa dan siswi yang telah berjaya menghafaz 30 juzu’ Al Quran.Semoga kalian yang telah menamatkan hafazan 30 juzu’ dapat mengekalkan hafazan dan mengaplikasikan isi kandungannya dalam berbakti kepada masyarakat dan membawa panji-panji Islam berkibar semula selaku khalifah di muka bumi.





WAJAH-WAJAH YANG BAKAL MEMARTABATKAN ISLAM

SEBAHAGIAN PENSYARAH DARUL QURAN YANG HADIR

MAJLIS KHATAM DIKETUAI OLEH USTAZ ZAKI BIN ABDUL RAHMAN

0 comments: