Friday, May 21, 2010

Program Training Of Trainers Anjuran Kelab Fasi DQ


Trainers IP Minda Sdn Bhd

15 Mei- Seawal 7.30 pagi sebilangan urusetia program hadir ke dewan muktamar bagi mengemas dewan dan bersiap sedia menyambut peserta dan konsultan. Hari ini bakal berlakunya sejarah ‘perubahan’ yang bakal berlaku di Darul Quran. Sebuah program di bawah lajnah tadbir PERKEMATDQ menerusi Kelab Fasilitator Darul Quran KEFDA yang secara umumnya bagi melatih fasilitator-fasilitator menjadi ‘first class huffaz’ bagi menghadapi dunia-dunia fesi yang penuh cabaran bakal mendatang. Program ini juga digabungkan dengan bengkel Nuqoba’ yakni secara automatiknya para nuqoba juga wajib menghadiri program tersebut bagi mengasah kelebihan ‘fasi’ yang sedia ada.



Peserta Ketika Pembentangan


Program ini dihadkan seramai 80 orang pada awalnya yang kemudian dinaikkan kepada 100 orang atas permintaan. Alhamdulillah pada pagi pendaftaran kira-kira 80 orang peserta mendaftarkan diri. Terdiri daripada lebih kurang 50 ‘banat’ dan 30 banin. Bilangan yang lain menyusul selepas program bermula.

Konsultan yang dijemput ialah sebuah konsultan yang tidak asing lagi bagi negara kita iaitu Institut Pembangunan Minda ( I.P. Minda ). Dengan penubuhannya sudah 5 tahun dengan pengalaman menerima jemputan daripada syarikat korporat hinggalah ke sekolah rendah.
Pada hari tersebut seramai 4 orang tenaga konsultan disumbangkan. Terdiri dariapda Us Syaari,Us Zool Amali,Us Rashidi dan Us Nurul.


Program ini terdiri daripada 3 slot yang utama. Pertamanya ialah slot motivation to be a good da'i. kenapa kita perlu berdakwah? Apa matlamat kita? Apakah tugas kita? Apakah kaitannya dengan fasilitator ? antara soalan-soalan yang terpancul keluar dari slot tersebut. Pada slot tersebut, ditunjukkan video2 tentang zaman kegemilangan Islam sehingga ke zaman kejatuhan Islam, perangkaan2 yang telah dirancang yahudi untuk menghancurkan Islam dan begitu juga kekejaman Yahudi yang memperhambakan umat Islam setelah negara Islam ditawan. Selain slot-slot kecil motivasi.

Para Peserta Bersemangat ketika Mengajukan Soalan

Pada slot tersebut juga disedarkan tentang keadaan semasa di Malaysia. Sedar tak sedar Malaysia sekrang di ambang penjajahan minda yang sangat2 kritikal. Banyak kes-kes yang di luar akal manusia dapat dilihat yang kebanyakkannya boleh di lihat di dada-dada akhbar. Tak lain tak bukan hasil dari penjajahan minda yang terancang.


Latihan Dalam Kumpulan


Slot kedua merupakan slot sambungan dari sesi pertama. Dan di akhir slot, diadakan slot sharing moment. Ia lebih kepada lontaran soalan dan perkongsian pengalaman. Terima kasih kepada Trainer dari IP Minda menerangkan dengan bersungguh2 segala persoalan yang dilotarkan tanpa henti.




Slot terakhir, merupakan slot latihan untuk merangka program sendri berdasarkan situasi yang diberi. Setiap program yang dirangka akan dibimbing oleh trainer, dari segi pendekatan yang sebetulnya dan kaedah yang seharusnya.
Program tamat pada pukul 5.30 petang dengan penyampaian hadiah daripada pihak Darul Quran kepada Trainer I.P. Minda yang diberikan oleh perasmi penutup Ustazah Shahidah binti Shuib. Harapan diberikan kepada peserta supaya keluar dari lingkungan yang ada supaya menjadi first class muslim yang dapat memainkan peranannya dari setiap sudut. Tak lain tak bukan program ini merupakan salah satu satu titik perubahan kearah mereliasasikan Huffaz yang dapat membawa perubahan dalam melahirkan Generasi Al-Quran yang unik.




Antara yang berganding tenaga menjayakan Program Training Of Trainers Anjuran Kelab Fasi DQ Dengan Kelolaan IP Minda Sdn Bhd


0 comments: