Saturday, May 22, 2010

Lawatan Mahabbah - PAKSI ITQAN dan PERKEMAT DQ

Kedatangan Institut Quran Negeri Sembilan (ITQAN) pada 16 MEI 2010, seramai 37 orang (30 banin, 5 banin, 2 guru pengiring). Kehadiran mereka sangat dialu-alukan disamping dapat bertukar-tukar pendapat dan merapatkan lagi ukhwah.


Objektif :


• Mengenali dengan lebih rapat bersama PERKEMAT
• Bertukar-tukar pandangan dan buah fikiran
• Berbincang program dan aktiviti akan datang untuk joinventure



Antara peristiwa sepanjang lawatan :


12.30pm ;



 Mereka tiba di Darul Quran dengan sebuah bas Ekspress. Disambut oleh Bendahari Agung PERKEMAT, Unit Perhbungan Luar TADBIR dan beberapa pelajar DQ.
 Makan tengah hari Hemat diri, solat zuhur.

2.00pm ;


Perwakilan PERKEMAT DQ


 Bermula perbincangan bersama PERKEMAT :
• Taaruf antara Exco PERKEMAT dan PAKSI
• Profile dan sejarah PERKEMAT dan PAKSI secara mendalam
• Pembentangan lajnah-lajnah antara kedua-dua persatuan dan Jobskop
• Perbincangan program masa akan datang
• Persoalan dan Cadangan.

Perwakilan PAKSI ITQAN



 Pemberian cederamata PERKEMAT kepada PAKSI tanda kerjasama antara kedua-dua pihak.


 Jamuan ringan

5.30pm :


 Perlawanan persahabatan antara pelajar DQ dan ITQAN. Pasukan DQ mendapat kemenangan 2-1.
 Perlawanan ini diakhiri dengan salam mahabbah antara kedua-dua pihak.

Perlawanan persahabatan yang amat sengit



7.20pm ;


 Solat maghrib
 Majlis perpisahan :
• Ucapan YDP PERKEMAT
• Ucapan President PAKSI (Ahmad Fuat bin Murat)
• Pemberian cederahati oleh presiden PAKSI kepada YDP PERKEMAT
• Bersalaman dan bertukar-tukar no.hp
• Kepulangan pelajar ITQAN



Semoga jalinan ukhwah ini berkekalan selamanya dan meningkatkan lagi mutu kepimpinan.

0 comments: