25 April 2010 bersamaan 10 Jamadil Awwal 1431 sekali lagi telah melakar tarikh bersejarah buat Darul Quran JAKIM apabila institusi ini sekali lagi telah menerima siswa dan siswi baru yang akan meneruskan pengajian di sini. Kemasukan kali ini adalah bagi pengajian diploma bagi sesi 2010/2013. Sesi pendaftaran yang diadakan di Dewan Muktamar bermula seawal 8.00 pagi lagi sebelum acara dewan. Majlis Sambutan dan Bacaan Ikrar pada pukul 11.00 pagi. Acara tersebut dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al Quran oleh Yang Di pertua PERKEMAT.
Seterusnya pengarah Darul Quran JAKIM menyampaikan ucapan alu-aluan kepada para siswa dan siswi sebelum ucapan perasmian oleh Pengarah JAKIM, Y. Bhg. Dato’ Hj. Wan Mohamad bin Dato’ Syeikh Abdul Aziz. Acara dewan diteruskan lagi dengan bacaan ikrar pelajar baru, bacaan doa dan upacara penyerahan pelajar baru oleh ibu bapa kepada Darul Quran JAKIM. Setelah majlis bersurai, para hadirin dijemput untuk menghadiri jamuan di dewan makan asrama banin.
Pengambilan kali ini yang hampir mencecah 220 orang menyaksikan kelainan apabila syukbah (jurusan) baru telah ditambah iaitu Syukbah Mua’malat. Ini telah menjadikan, syukbah yang boleh dipilih para siswa dan siswi adalah sebanyak lima syukbah iaitu Syukbah Qiraat, Syukbah Dakwah, Syukbah Syariah, Syukbah Hadith dan Syukbah Mua’malat. Adalah diharapkan dengan kepelbagaian syukbah yang disediakan dapat merialisasikan hasrat Darul Quran JAKIM untuk melahirkan ‘ Generasi al Quran yang Unik’.
Sekalung tahniah dan ahlan wa sahlan wa marhaban bi kum diucapkan daripada PERKEMAT kepada para siswa dan siswi yang juga merupakan ahli PERKEMAT kerana telah berjaya mendaftarkan diri baru-baru ini. Doa kami agar antum dan antunna dapat menjalani pengajian di sini dengan bersungguh-sungguh dan moga thabat sehingga menggenggam segulung diploma. Semoga kalian juga terus gigih dalam menggalas amanah sebagai hamalatul Quran dan niat murni kalian untuk menghafaz kalamuallah diredhai-Nya.
1 comments:
Salam,
Ahlan wasahlan wamarhaban bikum
kepada sahabat,sahabiah Diploma 2010/2013.
Semoga ukhuwwah fillah memperkasakan lagi pembentukan generasi al-Quran yang unik.
Selamat Bejuang~
Post a Comment