Friday, May 7, 2010

MAFATIHUL MAHABBAH DIPLOMA 2010/2013

Program Mafatihul Mahabbah Diploma merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ) dengan kerjasama Bahagian Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) Darul Quran JAKIM. Program ini dikendalikan oleh pihak persatuan pelajar di Darul Quran iaitu PERKEMAT DQ yang melibatkan para pelajar sesi kemasukan baru ke Darul Quran JAKIM.




Seinfiniti kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana program Mafatihul Mahabbah yang bermula pada 30 April sehingga 2 Mei 2010 bersamaan 15 hingga 17 Jamadil Awwal yang lepas telah berjaya dilaksaanakan dengan jayanya. Hasil kerjasama yang mantap 23 pelaksana program dengan dibantu oleh 22 orang fasilitator serta penglibatan guru penasihat PERKEMAT DQ sesi 09/10 iaitu Ustaz Fazli Bin Azali dan juga Ustazah Shahidah Binti Shuib, akhirnya mampu mengendalikan program ini dengan kekuatan peserta seramai 124 orang pelajar banin dan 94 pelajar banat.







Al-Quran sentiasa ada walau di mana berada



Nur Laman Bestari Resort (NLB) yang terletak di daerah Ulu Yam, Selangor Darul Ehsan telah dipilih sebagai lokasi program kali ini dengan melibatkan penginapan selama 3 hari 2 malam di sana. Program dimulakan tepat jam 2.30 petang di dataran masjid Darul Quran dengan membawa semua peserta ke tempat program dengan menaiki bas yang ditempah khas untuk program. Perjalanan yang menakjubkan ini memakan masa 45 minit untuk sampai ke destinasi.

Program Mafatihul Mahabbah Diploma 2010/2013 kali ini dimuatkan dengan 2 sesi ceramah menarik yang mana disampaikan oleh penceramah yang mantap thaqafahnya dan tidak asing lagi kepada para pelajar Darul Quran iaitu Ustaz Muhammad Zaki Bin Abdul Rahman merangkap pensyarah di pengajian Al-Quran dan Ustaz Firdaus Bin Rosli yang juga merupakan pensyarah tetap di Darul Quran dan juga bekas penuntut di Darul Quran. Program ini juga memuatkan satu forum ilmiah yang dikendalikan oleh dua orang ahli panel yang hebat dan bersemangat iaitu Ustaz Dzul Khairi Bin Mohd Noor selaku penulis buku 50 kata-kata tokoh berpengaruh merangkap mantan presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (UM) dan Ustazah Fasihah Binti Fauzi merangkap mantan Naib Yang Dipertua PERKEMAT dan sekarang meneruskan pengajiannya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).



Al-Quran tetap di hati

Program ini memuatkan pelbagai pengisian dan aktiviti menarik lagi bermanfaat kepada para peserta umpamanya slot tahsin bacaan serta hafazan Al-Quran, qiamullail, aktiviti riadhah bermodul, diskusi ilmiah, debat ilmiah, merentas desa, slot muhasabah huffaz dan sebagainya.Program ini yamg menjadikan lagu ‘ stand up ‘sebagai lagu tema program berjaya menjadikan peserta program lebih bersemangat. Program ini mencapai penghujungnya pada 2 Mei 2010 pada jam 12.30 tengah hari dan Majlis Perasmian Penutupan Program dirasmikan oleh Che Ibrahim Bin Che Man,Ketua Pengarah Darul Quran JAKIM. Kami di barisan urusetia program amat berterima kasih kepada pihak pengurusan Nur Laman Bestari Resort yang menyediakan pelbagai kemudahan kepada kami dalam memastikan kelancaran program ini.Walaupun sepanjang program ini berjalan, wujud juga sedikit kelompangan masalah dan walaubagaimanapun masalah tersebut tidaklah mendatangkan kecacatan yang besar kepada program ini.

SELAMAT BERJUANG ADIK-ADIKKU…
ANDA PENCETUS GENERASI GEMILANG..

1 comments: