Monday, January 18, 2010

PERKEMAT FOOTBALL FRIENDLY ...MENCARI HIKMAH YANG TERCICIR

Pada 12 hingga 14 Januari 2010 yang lalu,Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ) dibawah Lajnah Riadah dan Rekriasi (LARIDASI)telah menganjurkan satu Liga Persahabatan Bola Sepak diantara semester telah diadakan di Darul Quran. Perlawanan persahabatan bola tersebut telah melibatkan semua semester dari program persijilan dan diploma. Antaranya semester 2 IRSYAD, semester 4 ITQAN, semester 6 ILHAM dan semester 1 dan 3 persijilan tahfiz (IQ-RAC).

Program ini diadakan bertujuan tidak lain tidak bukan untuk mengukuhkan hubungan(ukhwah) diantara mahasiswa-mahasiswa huffaz Darul Quran dan dalam masa yang yang sama menilai bakat da potensi pemain yang bakal diserapkan kedalam pasukan bola sepak Darul Quran.

Harapan bagi pihak pimpinan sendiri adalah bagi menyedarkan semua mahasiswa islam darul quran mengenai kepentingan kita mengusai wasilah sukan pada hari ini kerana ketika menggunakan sukan sebagai agennya bagi merosakkan umat islam. Jadi, selaku yang bakal mentadbir khilafah islamiyah (إنشاء الله) itu sendiri perlu mengeksploitasikan bidang sukan bagi menyebarkan mesej bahawa islam juga mampu menyerlah melalui wasilah sukan itu sendiri .

"HIKMAH ITU BARANG YANG TERCICIR BAGI ORANG ISLAM, DIMANA SAHAJA IA BERADA BERHAK BAGI ORANG ISLAM MEMILIKINYA"


PERSAINGAN HEBAT
PELBAGAI AKSI YANG DIPERSEMBAHKAN

ZIDANE VERSI DQ

ANTARA AKSI YANG YANG MENDEBARKAN

MENGUMPULKAN SEMANGAT WEHDAH AL-FATEH SEBELUM BERTEMPUR

0 comments: