Monday, January 25, 2010

Program Tinta Da'ie... Pencetus Perubahan Mahasiswa Huffaz Darul Quran...

Tenang dengan pendirian "Erti Hidup Pada Memberi"

Pada 16 Januari 2010 baru-baru ini Perasatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ) melalui Intellectual Quranic Generatian Club (IQ-Rac) telah mengadakan satu program menambahbaikkan keupayaan diri iaitu Seminar Tinta Da'ie yang bertemakan "Secangkir Pencetus Ledakan Dakwah". Ianya disampaikan oleh penceramah yang tidak asing lagi dikalangan mahasiswa-mahasiswa Darul Quran iaitu Ustaz Hasrizal bin Abdul Jamil yang terkenal dengan SAIFULISLAM.COM

pendaftaran peserta

beberapa minit sebelum program bermula

Program yang cukup bermakna ini diadakan di Dewan Muktamar Darul Quran bermula dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Ianya telah dibahagikan kepada dua sesi. Sesi pertama bermula waktu pagi iaitu pada jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari yang bertajuk "Rencah Dunia Penulisan" dan sesi kedua diadakan pada waktu petang iaitu pada pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang yang bertajuk "Apabila Pena Bertemu Tinta". Pengisian pertama yang disampaikan oleh ustaz lebih kepada pengalaman berhadapan dengan mad'u-mad'u dan berkaitan dengan berdakwah secara fleksibel. Pengisian kedua pula lebih kepada pengisian cara penulisan blog antaranya teknik khas, gaya penyampaian, jirokawakita method dan peta minda. Diakhir slot proram ini ianya dilengkapkan oleh ustaz dengan menjawab pelbagai soalan yang diajukan melalui surat-surat dan ianya lebih daripada mahasiswi-mahasiswi (banat) Darul Quran. AlhamduliLLAH, ianya dijawab dengan baik oleh ustaz.

Semua peserta pulang dengan perasaan puas hati dan masing-masing pulang dengan membawa semangat baru untuk meneruskan agenda khalifah dimuka bumi ini. Pihak penganjur mengharapkan apa yang telah disampaikan dapat diaplikasikan didalam kehidupan para mahasiswa huffaz yang memikul tanggungjawab yang mana gunung-gunung tidak mampu untuk memikulnya iaitu kitab suci Al-Quran dan juga mampu mengambil sedikit sebanyak permata yang disampaikan oleh ustaz untuk dibawa kepada masyarakat yang berada dalam keadaaan kemarau adab dan dahagakan ilmu.

sedikit cenderahati tanda penghargaan dan kenangan

sesi temu bual selepas program

antara peserta program yang terlibat

pendakwah ber"PHD" in progress.....




0 comments: