Dengan nama ALLAH YANG MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI..
Bila pegangan agama semakin lelah, isu akidah dipandang rendah…(berhubung isu Kalimah Allah)
Bila pegangan agama semakin lelah, isu akidah dipandang rendah…(berhubung isu Kalimah Allah)
Ummah Islami,
Sekali lagi nadi agama suci kita Islam dihirisi, 30 Disember 2009 menjadi saksi pada sebuah kenyataan yang berat untuk kita terima,bahkan mengecewakan setiap kita yang mengaku mengakui dan mengimani ajaran suci Islam ini.Lihatlah sendiri bagaimana pihak Kristian Laknatullah alaihim ajma’in tersenyum senang hati dengan keputusan yang berpihak kepada mereka mengenai penggunaan kalimah suci ALLAH dalam majalah dakyah mereka ; HERALD :The Catholic Weekly setelah mereka mencabar Kementerian Dalam Negeri yang telah mengharamkan penggunaan kalimah suci ALLAH dalam majalah mereka.Apa yang terbenak di fikiran ialah,bagaimana seorang hakim, Datuk Lau Bee Lan yang berbangsa Cina dan sudah pasti bukanlah seorang penganut agama Islam boleh mengadili kes yang penting ini??Sedangkan pengadilan ini melibatkan isu berkaitan hak dan maruah Islam itu sendiri.Dan lagi,bagaimana isu ini boleh diadili di mahkamah sivil,yang terang terangan mengamalkan undang-undang bertentangan dengan kehendak undang -undang syariat Allah??.Beginilah jadinya bilamana undang-undang aturan ALLAH dianggap mudah.Sudah terhantuk,baru menggelabah..
Jika ada suara sumbang manusia yang bertanya dan mengatakan :
Kenapa kita perlu bertekak dan marah,malahan berebut dengan Kristian mengenai kalimah Allah ini?? Asalkan kita tahu yang Allah tu siapa,kan mudah?? Ya, memang kita tidak marah kalau mereka menggunakan kalimah ALLAH itu bertujuan untuk maksud yang satu,iaitu ALLAH, Tuhan yang sebenar,tapi hakikatnya ini bukan satu perebutan pada ‘nama’, tetapi ini berkaitan akidah, falsafah hidup,dan konsep ketuhanan yang sebenar.Dan kita juga pasti akan dihujani lagi dengan pertanyaan-pertanyaan yang bertujuan mengelirukan kita, khususnya umat Islam itu sendiri, pernah diri ini terbaca tentang pengakuan penganut Kristian itu sendiri, katanya: kenapa perlu kecoh-kecoh bila orang kami nak guna kalimah ALLAH,sedangkan penggunaan ini dah lama digunakan dalam Bible kami?Ummah sekalian, kita semua wajib dan perlu segera ingat dan mengetahui sesungguhnya penggunaan kalimah ALLAH dalam kitab Bible mereka amatlah bertentangan sekali dengan maksud ALLAH yang sebenar seperti mana yang diimani umat Islam .Biarpun penganut agama ini mendakwa bahawa kalimah ini telah lama digunakan sejak sebelum kedatangan Rasulullah lagi,namun definisi bagi kalimah ini adalah berbeza dengan kalimah ALLAH dalam agama Islam kerana sebenarnya,kalimah yang mereka gunakan dalam kitab mereka merujuk kepada Tuhan Bapa iaitu salah satu oknum daripada 3 oknum dalam akidah trinity kepercayaan mereka.Ini dapat kita lihat menerusi kitab mereka, di dalam Perjanjian Baru:
..meskipun demikian, tidak seorangpun mengetahui hari atau waktunya, baik malaikat-malaikat di Syurga, ataupun anak(Yesus);hanya Bapa yang tahu. (Rujuk Al-Kitab,The Bible Society Of Malaysia, Perjanjian Baru Markus bab 13 Ayat 32). Dalam ayat lain turut menyebut,: lalu Yesus menyeru dengan lantang,:Ya Bapa, Aku serahkan diriKu kedalam tanganMU!”setelah berkata demikian, Dia pun meninggal.”(Rujuk Al-Kitab,The Bible Society Of Malaysia,Perjanjian Baru Lurkas bab 23 ayat 42).
Lihatlah sendiri bagaimana perbezaan yang amat ketara pada penggunaan kalimah ini dalam kitab Kristian laknatullah ini yang amat bertentangan dengan konsep ketauhidan di dalam Islam. Disamping itu, konsep trinity turut dapat diperhatikan dengan jelas melalui Perjanjian Baru yang menyebut: “ada tiga saksi:Roh ALLAH,air dan darah dan ketiga tiganya membawa kesaksian yang sama.”(Rujuk Al-Kitab ,The Bible Society Of Malaysia,Perjanjian Baru 1Yohanesbab 5 ayat 7 dan 8).
Inilah dalil-dalil dari kitab Bible yang terang terangan menunjukkan kita tentang pengertian sebenar penggunaan kalimah ini,sedang pihak laknatullah ini sedang berusaha mengelirukan akidah kita semua,na’uzubillah,moga kita dilindungi ALLAH dan diberi kekuatan iman.Aamin.
Bagi mereka yang berpendapat bahawa tuntutan terhadap penggunaan kalimah ALLAH ini dalam majalah mereka harus dibenarkan dengan alasan seperti yang diterangkan diatas tadi,seharusnya memahami bahawasanya, penggunaan kalimah ALLAH oleh orang-orang Musyrikin, Yahudi dan Nasara sebelum kedatangan Rasulullah adalah tidak menggambarkan tentang keesaan Allah yang sebenarnya,dan adala jua kerana unsur-unsur ketuhanan yang telah dikembangkan oleh Nabi-Nabi sebelum Rasulullah s.a.w telah tercemar dari tujuan asalnya angkara tangan-tangan kotor puak laknatullah in.Bukan kita tidak memerhatikan Firman ALLAH s.w.t di dalam QalamNYA yang mulia yang dengan jelas mengkhabarkan kepada kita bahawa konsep ketuhanan Krisitian itu sendiri bertentangan dengan Islam,ayat tersebut berbunyi:
‘..dan orang-orang Yahudi berkata:Uzair anak ALLAH”,dan orang-orang Nasrani berkata ;Al-Masih itu anak ALLAH.Demikianlah ucapan yang diucapkan oleh mulut-mulut mereka. Mereka meniru ucapan orang-orang kafir terdahulu.Semoga ALLAH membinasakan mereka.Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?(Al-Quran Karim,surah At-Taubah:30).
Ummah Islam yang kucintai,
Setelah merenung dan mengenali sebenar wajah Kristian laknatullah yang berselindung di sebalik topeng pengeliruan yang dilakukan mereka terhadap kita melalui penggunaan kalimah ALLAH yang suci ini,wajarkah kita berdiam diri,membenar dan mengiyakan penggunaan kalimah ini sedangkan kita sudah mengetahui tentang wujudnya perbezaan keyakinan mereka terhadap kalimah ALLAH ini??sedangkan kita telah jelas bahawa kalimah ALLAH itu hanyalah merujuk kepada DIA YANG SATU, YANG MAHA ESA??..seruan pada diri sendiri dan setiap yang mengakui sebagai ummah Islami,agar memahami konsep ketauhidan ALLAH itu mengikut terminology Islam itu sendiri, .’Sesungguhnya,Dialah Tuhan Yang Satu,tiada persekutu,tidak beranak dan tidak peranakkan.”
Oleh itu,wajarlah kita memandang serius dan mengambil ‘port’ dalam isu yang berkaitan tentang akidah dan maruah kita ini,dan seharusnya tuntutan pihak laknatullah ini kita ‘kuburkan’ sedalamnya,tidak lain tidak bukan hanya untuk menyelamatkan akidah ummah agar tidak dikelirukan dan tidak berlaku salah faham apabila konsep ketauhidan ini,dipandang dari sudut terminology yang tidak tepat lagi menyesatkan..Na’uzubillahi min dzalik..
Doa bersama “YA ALLAH,hanya padaMU pengharapan dan sandaran,jadikan kami dikalangan hambaMU yang mencintai Islam, yang punyai kekuatan dalam meng’izzahkan IslamMU,disaat,Yahudi dan Nasrani yang dilaknatMU berterusan memusnahkan kesucian agamaMU ini..’
Hancur Yahudi,Hancur Nasrani!!
اللهم أعز الإسلام والمسلمين، و أذل على الكافرين والمشركين.. آمين
0 comments:
Post a Comment