Thursday, March 28, 2013

As Syahid Fadhilatus Syeikh Ramadan Al Bouti

Bismillahirahmanirrahim,

" Pemergian beliau dalam keadaan Syria berlumuran darah adalah tragedi. Bukan tragedi buat beliau yang mudah-mudahan disambut Syurga. Tetapi tragedi buat kita apabila seorang lagi alim dicabut Tuhan daripada ummah, dan berenang-renang payahlah kita dalam ombak kejahilan"


~Al Fatihah~

di senja merah
dan para tamu datang
dibirai waktu



Ketika mendapat perkhabaran tentang kematian beliau, hati tersentak sedangkan mulut pula terdiam antara percaya atau tidak. Kematian syeikh adalah satu tamparan hebat bagi mereka yang sangat ingin menadah kitab dengan beliau, menyanjung beliau dan  mereka yang menggagumi peribadi beliau. Buku Fiqh Sirah pada rak buku itu dipegang rapat-rapat ke dada, menahan sebak kerana seorang lagi alim ulama telah pun pulang ke sisi Tuhan sekalian alam. Innalillahi wa inna ilaihi roji'un.

As Syahid Syeikh Ramadan Al Bouti,
ulama dari Syria
dikatakan pro-rejim Bashar
Al Assad
dan juga ayahnya, Hafiz Al Assad.
Wallahu'alam. 

Kenali secara ringkas tentang beliau, Syeikh Ramadan al-Bouti lahir pada tahun 1929 dan merupakan seorang yang alim dalam ilmu-ilmu Islam. Beliau merupakan pakar rujuk umat Islam bertaraf antarabangsa yang memulakan pengajiannya di Damsyik kemudian melanjutkan pelajarannya di al-Azhar, Kaherah, Mesir sehingga memperolehi Phd dari kuliah Syariah. Beliau telah menghasilkan lebih dari 23 karya tulis dalam pelbagai bidang. Antara kitabnya yang mahsyur ialah Fiqh Sirah.
Kemudian pada 23 Mac 2013 yang lalu, bersamaan dengan tarikh kematian As Syahid Ahmad Yassin, As Syahid Ramadhan Al Bouti pulang ke rahmatullah akibat terbunuh dalam dalam letupan berani mati ketika beliau sedang mengajar di Masjid Al Iman,di kawasan Mezzeh, Damsyik. Syrian TV juga melaporkan, seramai 42 orang terbunuh sewaktu kejadian dan 84 yang lain mengalami kecederaan. Dan dilaporkan lagi, turut mati bersama syeikh adalah cucu lelaki beliau. 
          Syeikh Muaz yang mewakili pembangkang Islam di Syria berkata, "Kami mengutuk sepenuhnya pembunuhan Syeikh Ramadan Al Bouti  dan kami ingin mengatakan bahawa agama kita (Islam) serta akhlak kita tidak mengizinkan kita sesama Islam saling membunuh semata-mata kerana perbezaan pandangan." Beliau juga mendedahkan niat syeikh untuk meninggalkan Syria menuju ke Turki mungkin menyebabkan rejim Bashar Al Assad bertindak mengepung dan membunuh beliau. Kumpulan tentera pembebasan Syria (FSA) juga turut menafikan pembabitan mereka terhadap pembunuhan ulama tersebut.
Manakala, Syeikh Abul Huda al Yaaqubi membuat kenyataannya terhadap kematian ulama agung ini, di laman FB beliau;
"Beliau adalah seorang Alim Rabbani yang berjuang membela Islam dan Ahlul Sunnah Wal Jamaah, berdekad lamanya di mimbar Damshik dan Kuliah Syariah. Dalam berita yang disiarkan di televisyen Syria, beliau telah meninggal dunia akibat dibom oleh pengebom berani mati. 
Aku menghalakan tanggungjawab kesyahidan beliau terhadap kerajaan, aku mempunyai maklumat yang sangat panas dan teliti yang sangat dekat dengan Fadhilatus Syeikh bahawasanya As-Syeikh Al-Buoti sedang berusaha untuk keluar dari Syria akan tetapi kerajaan telah mengenakan sekatan keselamatan yang sangat ketat ke atas beliau.
Fadhilatus Syeikh Al-Buoti di dalam majlis-majlis khas beliau sentiasa mencela ‘An-Nasiriyin’ dan sentiasa mendoakan kehancuran buat mereka.
Aku mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pengeboman ini,samada ianya dilakukan oleh pihak kerajaan ataupun Jamaah Takfiryah sebagaimana didakwa oleh pihak kerajaan – kerana Jamaah Takfiriyah ini sememang asal mereka memerangi Ahlus Sunnah."


Sama-sama kita mendoakan rahmat Allah ke atas pemergian Fadhilatus Syeikh Ramadan Al Bouti dan semua yang turut syahid bersamanya dan juga memberikan buat para Muslimin sebaik-baik gantian ke atas pemergiannya. Amin.

Walaupun dalam kalangan kita mungkin banyak berbeza pandangan dengan beliau, terutamanya dalan bab menyokong pemerintah, janganlah sampai membuatkan jiwa kita marah dan benci kepada beliau kerana cinta dan penghormatan untuk beliau adalah bukti kasih sayang dalam diri kita dan merupakan hak Muslim sesama kita yang mesti ditunaikan.

Memetik kata-kata  Syeikh Muhammad Al-Yaqoubi,



" 

The Syrian Ulama represents moderation. After the collapse of the Assad regime they will be needed to heal wounds and reconcile the various groups – especially the three million Baa’th party members who are not criminals. They will also have to confront the extremism of the hard-line salafists who just started their religious war against the rest of the Sunni population. Two months ago, Jabhatul Nusra demolished a shrine of a saint in Aleppo on the basis that it is un-Islamic; I issued a statement condemning it and called for wise people to come out and try to stop them.

"

Wallahu'alam.


beduk berbunyi 
memanggil para tamu 
dan jalan pulang

Sumber:

Nuqudy.com
Al-mashhad.com
Annahar.com
http://www.aljazeera.com/news/middleeast/2013/03/2013321174113479353.html
http://www.guardian.co.uk/world/video/2013/mar/21/syria-damascus-mosque-suicide-bomb-video
http://gelombanganakmuda.blogspot.com/2013/03/rejim-basyar-dalang-bunuh-syeikh-al.html

0 comments: