Sunday, December 23, 2012

Kalam Yang Dipertua PERKEMAT Sesi 12/13

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...
Alhamdulillah, tarikh keramat 8 disember 2012 di pagi hari sabtu,bermulalah titik tolak permulaan gerak kerja bagi saf kepimpinan yang baru dilantik bersempena dengan program tahunan Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMATDQ), iaitu Annual General Meeting AGM. Permulaannya, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan takziah kepada seluruh barisan qiadah yang baru dilantik ini dan mendoakan agar kepimpianan yang dipilih sendiri oleh ahli persatuan dengan pilihanraya yang cukup telus dan bersih melalui sistem demokrasi ini,dapat menjalankan taklifat dan amanah yang telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T dengan hati yang terbuka dan penuh ikhlas bagi menghadapi satu sesi pemerintahan ini.

Sedikit perkongsian rohani dan peringatan dari insan penulis yang kerdil ini,sama-sama kita rujuk dalam surah Al-Baqarah pada ayat yang terakhir: "Allah SWT tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya" [ 2:286]. Banyak golongan ulama' mufassirin mentafsirkan ayat ini dengan madah yang begitu menarik dan menyebabkn si pembaca kembali merasai fitrah sebagai seorang manusia walaupun telah ditakdirkan untuk memegang amanah rakyat yng terlalu berat ini. Dapat juga kita lihat lihat pd firman Allah SWT yang seterusnya,makhluk-makhluk yang lain pun tidak mampu untuk menggalas bebanan amanah ini. Dan persoalan yang saya ingin cuba timbulkan di sini, kenapa manusia akhirnya terpilih? Ini kerana adanya akal fikiran yang akan dipandu dengan Al Quran dan As Sunnah. Saya cukup yakin dengan barisan majlis tertinggi yang begitu rencam dengan pemikirannya dan barisan exco exci yang dilihat begitu bersemangat bagi menjayakan perubahan secara drastik dalam pambawakn Perkemat sesi 2012/2013 pada kali ini.

Dari segi pembawakn persatuan pada pemerintahan baru kali ini, elemen perubahan adalah salah satu indikator yang akan diambil berat pada setiap program dan aktiviti persatuan. Dengan adanya desakan positif dari sesetengah golongan minoriti rakyat marhaen Perkemat, kami dari pihak majlis tertingi mengambil serius akan setiap isu atau usul yang telah dibangkitkan dan dicadangkan dalam rapat umum bersama ahli baru-baru ini. Pembawakan aktiviti-aktiviti dalam lajnah pada kali ini sedang dalam proses untuk disiapkan dan dari sudut saya yang mengepalai setiap perkara mahupun sekecil-kecil isu,kita akan memberi beberapa penetapan dari sudut perjalanan lajnah supaya isu mobilasi ahli dan isu-isu terdahulu seperti hanya meraikan sesetengah pihak yang bersama Perkemat sahaja tidak akan timbul lagi pada sesi kepimpinan tahun ini. Kebajikan merupakan prinsip utama persatuan dan akan menjadi perkara paling penting untuk menjadi dasar dalam gerak kerja persatuan. Ia bukan hanya melibatkan sesetengah lajnah sahaja contohnya HEWA, tetapi pada kali ini, kita cuba mengusahakan untuk semua lajnah menekankan isu kebajikan dalam setiap program yang diadakan. Program yang bakal diadakan semestinya lebih berinovasi dan sudah pastinya target utama adalah untuk menarik lebih ramai ahli Perkemat dalam usaha mendokong dan menyokong persatuan kebajikan sendiri. Realitinya, kedua-dua pihak, sama ada pimpinan mahupun rakyat memang saling memerlukan antara satu sama lain. Jikalau sudah satu golongan daripada yang disebutkan tadi tiada, sudah pasti tidak akan wujud PEREKEMATDQ di bumi barakah Darul Quran ini.

Kepekaan individu dalam kepimpiann Perkemat untuk segala hal yang berlaku di Darul Quran menjadi tajuk utama perbualan ahli persatuan sekarang. Alhamdulillah, untuk cuti pertengahan semester yang sedang berlangsung ini, kami daripada pihak persatuan telah berjaya mendapatkan cuti yang diistilahkan sebagai pelepasan kuliah oleh pihak pentadbiran Darul Quran. Cuti yang dipanjangkan sehingga kepada tahun baru ini, bagi saya amat amat bermakna bagi sekalian rakyat Perkemat. Cuti yang agak lama ini bukan bermakna bagi semua ahli untuk kita berehat ataupun menenangkan segala jasad diri yang keletihan, tetapi perlu kita guna masa ini untuk bersama sepenuhnya dengan Al Quran.

Ingatlah wahai huffaz Darul Quran, walaupun kita sentiasa disibukkan dengan urusan diri masing-masing dan juga hal persatuan,tetapi hal yang lebih aula dan menjadi kepentingan bersama untuk kita jaga ialah Al Quran. Amanat dan peringatan dari saya, agar semua ahli persatuan dapat menggunakan setiap inci masa sama ada untuk mencari modal menghabiskan muqarrar ataupun teruskan dengan proses ulangan. Jangan sesekali berniat untuk meninggalkannya. Secara fakltanya, cukup terasa kalau kita meninggallkan Al Quran dari hati kita walaupaun jangka masanya hanya satu hari. Gunakan sepenuh masa cuti ini untuk bersama dengan ahli keluarga yang tercinta dan yang amat penting ,sebarkanlah ilmu yang tersedia ada dalam dada masing-masing itu. Sebelum terlupa, sampaikan salam saya kepada ibu dan ayah masing-masing di rumah sana. Semoga terus berkekalan dalam keluarga mawaddah solehah. Jadikanlah diri kita ini ibarat air yang mudah utk masuk ke segenap penjuru yang dilihat mempunyai ruang kosong, ini bermakna kita gunakan ilmu yang ada itu untuk bersama-sama mengislahkn diri dan masyarakat kampung setempat, itulah tanggungjawab yang harus kita praktikkan bila berada diluar tempat pengajian.

Sekian sahaja kalam permulaan sebagai pemanis mulut pimpinan Perkamat pada kali ini. Saya memohon doa dari semua ahli Perkemat untuk sentiasa mendokong kami dan dikuatkan semangat untuk terus melayari bahtera perjuangan di arus lautan yang cukup bergelora dengan sentimen perubahn dari ombak-ombak yang menghentam. Wassalam...

.: UKHUWAH DIJALIN KEBAJIKAN TERJAMIN :.

MUHAMMAD SHABIL MUHAFIZ BIN HARUN
Yang Di Pertua,
Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran,
Perkemat DQ 2012/2013
-Ahad, 23 Dis 2012-

0 comments: