Monday, May 7, 2012

SELAMAT DATANG PELAJAR DIPLOMA SESI 2012/2015


 Darul Quran Jakim menerima pendaftaran pelajar baru bagi Program DiplomaTahfiz Al-Quran Sesi 2012/2015.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.Bhg Haji Razali bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mewakili Ketua Pengarah JAKIM. Dalam ucapan beliau mengingatkan supaya pelajar-pelajar bersyukur kerana dipilih untuk melanjutkan pelajaran di Darul Quran. Dalam ucapannya juga, beliau merakamkan sekalung tahniah dan syabas kepada seluruh pelajar baru dan juga ibu bapa pelajar di atas kejayaan mereka mendaftarkan diri di Darul Quran sebagai pusat pengajian tahfiz terulung dalam Negara.
DSC_0372
Menurut Tuan Haji Paimuzi, pada sesi ini seramai 250 orang pelajar telah di tawarkan mengikuti pengajian di Darul Quran. Pada tahun ini juga, seramai 23 orang pelajar luar Negara akan mengikuti sesi pengajian di sini iaitu 10 orang dari Brunei, 7 orang dari Kemboja, 2 orang dari Singapura, 2 orang dari Thailand dan 2 orang dari Indonesia.
DSC_5860
Dalam majlis yang sama, para hadirin telah mengikuti ceramah motivasi yang disampaikan oleh Tan Sri Dato’ Syeikh Ismail bin Muhammad, Imam Besar Masjid Negara. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Tuan Hj. Paimuzi bin Yahya, Pengarah Darul Quran dan Pengarah-pengarah bahagian JAKIM.
DSC_5772

0 comments: