Friday, May 11, 2012

MINGGU HALUAN SISWA PELAJAR BARU DIPLOMA


 Hasrat murni Jakim dalam melahirkan golongan Huffaz di negara ini terbukti konsisten apabila menawarkan Program Pengajian Diploma Tahfiz al-Quran kepada seramai 213 orang pelajar yang berjaya dalam sesi temuduga yang lalu.
Jesteru itu, Darul Quran telah mengadakan program Minggu Haluan Siswa bagi melahirkan generasi Hamalatul Quran yang profesional, berjiwa kental dan konsisten dalam pengajian Tahfiz al-Quran.
Sepanjang minggu tersebut, para pelajar telah didedahkan dengan suasana pembelajaran di Darul Quran khususnya perkara-perkara berkaitan peraturan-peraturan di Darul Quran, teknik pengajian, kaedah hafazan dan lain-lain.
Para pelajar juga didedahkan kepada aktiviti-aktiviti berkumpulan (LDK), Kuliah Maghrib, Qiamullail, Kembara dan Slot Muhasabah.
Majlis Penutupan Minggu Haluan Siswa telah disempurnakan oleh Y.Bhg Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah Darul Quran. Dalam ucapannya beliau merakamkan sekalung tahniah dan syabas kepada para pelajar kerana berjaya mengikuti program ini dengan jayanya.
“Terdapat lebih 1500 calon yang telah menghadiri sesi temuduga yang diadakan seluruh negeri, tetapi hanya 213 sahaja yang diterima masuk ke Darul Quran. Jesteru, para pelajar yang ada di sini merupakan pelajar yang terpilih” kata beliau lagi.
Beliau juga mengingatkan para pelajar agar menggunakan peluang belajar di Darul Quran sebaik-baiknya dan menamatkan hafazan Al-Quran 30 juzu’ mengikut tempoh masa yang diberikan.
DSC_0241-2
DSC_6194

IMG_0173

DSC_0565

0 comments: