Wednesday, April 11, 2012

PROGRAM TASMIK TAMBAHAN 2012


Program tasmi’ tambahan yang juga merupakan aktiviti Jabatan Pengajian al-Quran (JPAQ) dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMATDQ) bagi memperkasakan hafalan mahasiswa program diploma Darul Quran, akan dianjurkan sempena cuti semester diploma.

Ianya diadakan bagi membantu siswa dan siswi menambah hafalan mereka sepanjang cuti tersebut. Program ini juga merupakan usahasama JPAQ  dan PERKEMAT DQ yang mensasarkan sifar pelajar tidak habis muqarrar dan menduduki peperiksaan ulangan.

      Bertujuan untuk membimbing siswazah menguruskan masa cuti dengan aktiviti yang bermanfaat dan menyediakan lebih banyak ruang masa untuk iadah(mengulang hafalan). Seramai 85 orang siswa dan 154 siswi  dengan jumlah 239 orang yang mengikuti program ini.  

               Program berjalan selama 4 minggu mulai 9 April sehingga 4 Mei 2012. Waktu pengajian bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi. Selepas itu, kelas iadah bermula jam 11 pagi hingga jam 12 tengah hari.

        Tenaga pengajar yang melaksanakan program tasmi’ tambahan ini adalah seramai  22 orang pensyarah yang terdiri daripada pensyarah jemputan. Hal ini kerana komitmen pensyarah jemputan adalah lebih berbanding pensyarah tetap yang terpaksa menghadiri program yang lain terutamanya ketika bermulanya sesi kuliah semester baru bagi pelajar diploma. Seorang guru memegang  11 orang pelajar banin, manakala bagi banat, seorang guru juga memegang 11 orang banat.

                 Pelbagai aktiviti turut diadakan sepanjang program ini. Antaranya, liga futsal bagi banin, liga bola jaring bagi banat, tayangan, kuliah tafsir oleh Ust Mohd Syaukhi, kuliah fiqh mar'ah oleh Ust Wan Mohd Nor, lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa (KLIBF) dan banyak lagi.



0 comments: