Monday, May 14, 2012

RENUNGAN HARI IBU (2) - Si Cacat Di Bawah Lindungan Kaabah



.....sambungan

Pada suatu hari, ketika waktu solat, si ibu kemasjid bersama anaknya. Anaknya itu didudukkan diatas kerusi roda. Sampai dimasjid, anaknya itu ditinggalkan diserambi masjid. Si ibu masuk ke kawasan kaum wanita didalam masjid. Di Makkah boleh dikatakan sudah menjadi satu budaya iaiatu sesiapa yang kelihatan dhaif, lebih-lebih lagi cacat maka amat mudahlah menerima sedekah daripada para dermawan. Bersedekah amat digalakkan dalam Islam terutama kepada yang susah, tetapi umat Islam dilarang daripada menerima sedakah kecuali jika miskin, cacat dan tak mampu untuk bekerja.

Hasan secara terpaksa untuk menerima sedekah orang ramai yang mencurah-curah sebelum dan selepas orang ramai menunaikan solat. Kehidupan dua beranak itu agak lega, Bagaimanapun Hasan tidak lupa kaum keluarganya yang susuh dikampung. Dia selalu mengirimkan wang dan hadiah kepada mereka menerusi jemaah haji yang datang dari kampungnya.

Pada suatu hari, salah seorang Raja Saudi berkunjung ke Masjidil Haram. Baginda telah bertemu denga Hasan. Hasan telah disoal dengan panjang lebar. Dari mana asal datangnya, dengan siapa dia tinggal di Makkah dan lain-lain lagi. “Kamu mulai dari hari ini jangan minta sedekah lagi. Beta akui kamu sebagai rakyat Saudi. Kamu akan diberi sara hidup bulanan. Kamu juga dianugerahkan sebuah rumah.” titah Raja itu kepada Hasan. Betapa gembiranya Hasan pada masa itu, kerana terlalu gembira hinggakan dia menitiskan airmatanya membasahi pipinya. “Alhamdulillah syukur…! Terima kasih tuanku, Terimakasih tuanku, Terimakasih tuanku” ujur Hasan beberapa kali denga rasa kegembiraan yang tidak terhingga.

Apabila si ibu mengtahui akan hal itui, betapa gembiranya si ibu. “Inilah berkat dan rahmat limpahan Allah kerana kita bernaung dibawah lindungan Kaabah-Nya, wahai anakku.” ujur si ibu dengan menitiskan air mata gembira sambil memeluk dan mengucup dahi anaknya.



Beberapa tahun kemudian usia Hasan telah pun meningkat kepada dua puluh lima tahun. Walaupun dia kudung kedua-dua belah tangan dan kakinya, namun badannya dalam keadaan sihat, dan sebagai insan biasa dia juga memiliki naluri sebagai manusia yang lain.

“Aku sihat, wang saraan hidup aku setiap bulan sangat lumayan, lebih dari cukup untuk keperluan diriku dan ibuku, malah rasanya aku mampu untuk meyara isteri dan anak-anakku yang bakal lahir.” bisik hati Hasan. “Tetapi aku cacat…. siapa yang sudi menjadi isteriku?.” Hasan bersedih mengenangkan nasib dirinya. Kesedihan itu berlarutan beberapa hari sejak kebelangan ini dan hal ini diketahui oleh ibunya.

“Kenapa kau sedih Hasan? Apa yang kurang untukmu. Wang ada, makanan cukup, rumah tempat kediaman pun ada.” tanya si ibu kepada Hasan, anak kesayangannya. “Kau beritahulah kepada ibu, Hasan. Apa masalahmu?.”

Hasan tak menjawab dan hanya mendiamkan diri. Si ibu yang tajam pemikiran itu akhirnya dapat mengagak kenapa anaknya bersedih. “Hasan, Kau ingin mencari jodoh?.” tanya si ibu. “Siapalah orangnya yang sudi menjadi isteri saya, ibu? saya cacat.” jawab Hasan. “Hasan, kalau sungguh kau ingin beristeri, jangan suah. Ibu akan berdoa kepada Allah s.w.t. dan kau pun berdoa juga. Allah Maha Kaya, Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Hasan.” nasihat si ibu dengan suara yang lunak.

Hasil perbincangan kedua beranak itu maka akhirnya dihantarlah seorang utusan kekampung halaman mereka di selatan Thailand dengan membawa sekeping gambar wajah Hasan yang memang lawa itu. Orang itu diamanahkan untuk mencari jodoh wanita solehah dan berbudibahasa. Dia diwakilkan menerima akad bagi pihak dari Hasan.

Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah s.w.t, jodoh ditemui dan akhirnya diijab-qabulkan. Beberapa hari kemudian, wanita itu dibawa ke Makkah dan dipertemukan dengan pasangannya yang sedang menunggu disana. Wanita itu diperkenalkan dengan suami dan ibu mertuanya. Aduh… alangkah terperanjatnya wanita itu apabila terpandang suaminya yang cacat. Dia terperanjat besar. Dia sama sekali tidak menyangka suaminya cacat sedemikian rupa. Wanita itu jatuh pengsan. Hasan pun bersedih mengenangkan nasib dirinya. Isteri yang baru ditemui nampaknya enggan menerima Hasan sebagai suaminya.

Melihat keadaan demikian, si ibu yang solehah itu segera mengambil wuduk lalu pergi ke Masjidil Haram lalu mendirikan solat dua raka’at, kemudian berdoa kepada Allah s.w.t. semoga wanita tadi sembuh dari pengsannya.

“Ya Allah, sembuhkanlah menantuku, isteri kepada anak kesayanganku. Limpahkan perasaan kasih dan sayang dihatinya terhadap anakku, dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani.” doa si ibu dengan sungguh-sungguh didepan Kaabah.

Si ibu pun lalu mengambil air Zamzam untuk diberi minum kepada menantunya di rumah. Sesampainya dia rumah, Alhamdulillah, si ibu mendapati menantunya sudah sedar. Dia sudah mula mengorak senyum. Sedih telah hilang berganti kegembiraan. Dia bangun memeluk ibu mertuanya dengan erat sambil berkata. “Maafkan saya, ibu. Maaafkan saya, ibu. “Kemudian dia mendekati suaminya sambil berkata “Maafkan saya, bang. Maafkan saya, bang.” sambil mencium dahi Hasan, suaminya. Hasan menitis air mata kegembiraan. Dia bersyukur kepada Allah s.w.t. Nampaknya si isteri sudah menerima dirinya sebagai suaminya.

Ya, berkat doa ibunya maka Allah s.w.t. telah meletakkan dihati wanita itu perasaan cinta, kasih dan sayang kepada suaminya yang cacat. Mungkin dia berkata didalam hatinya “Kalau aku tidak mahu menjadi isterinya, siapakah wanita lain yang sudi menerimanya sebagai suami.”

Hasil perkahwinan mereka itu telah dikurniakan lapan orang anak. Hasan sekeluarga tinggal disebuah perkampungan kira-kira empat kilometer dari Masjidil Haram. Mereka tinggal disebuah rumah dua tingkat yang selesa. Hasan hidup bahagia, mendapat limpahan rahmat dan keberkatan Ilahi. Hasan mempunyai sumber pendapatan tetap sara hidup yang lumayan. Dia juga memiliki sebuah kereta siap dengan pemandunya serta pembantu rumah.

Kali terakhir penulis kisah benar ini bertemu dengan salah seorang anak Hasan ialah pada tahun 1998. Penulis tidak dapat bertemu dengan Hasan pada ketika itu kerana Hasan berkebetulan ke Madinah.

Sungguh Allah Maha Kaya, Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia yang mencipta hamba-Nya dan Dialah yang memberi nikmat kesenangan kepada siapa yang dikehendakiNya. Biarpun cacat, kudung kedua tangan serta kakinya, namun Hasan tetap berjiwa taqwa. Orang yang bertakwa dikasihi Allah s.w.t.

Allah s.w.t. melimpahi rezeki yang tidak putus-putus dan segala masalah mendapat penyelesaian sebaik-baiknya. Hasan sungguh bahagia, lebih-lebih lagi apabila dia mendapat kasih sayang ibunya dan selalu didoakannya dengan doa-doa kebaikan, tambahan pula segala doa-doa itu dipanjatkan di depan Kaabah

0 comments: