Wednesday, May 16, 2012

KEMPEN JOM MESRA SELALU - SELAMAT HARI GURU


Bersempena dengan Majlis Perhimpunan Pelajar semalam, Cawangan Hal Ehwal Pelajar telah melancarkan Program Hari Mesra Darul Quran 2012 yang telah diadakan di Dewan Muktamar Darul Quran.
Pada majlis pelancaran tersebut, lencana ‘Hari Mesra Darul Quran’ telah diedarkan kepada 200 orang pelajar terawal yang hadir ke majlis itu.
Menurut Us Mat Lazim bin Hassan, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Hal Ehwal Pelajar, program ini merupakan kesinambungan daripada Kempen 6S yang telah dilancarkan 5 Ogos 2011 yang lalu. Ianya bertujuan menyuburkan kemesraan di antara para pelajar dan kakitangan Darul Quran.
“Kita berharap usaha ini akan membuahkan hubungan dua hala yang positif antara para pelajar dan juga pensyarah serta kakitangan Darul Quran. Kami juga berharap amalan 6S, iaitu Salam, Senyum, Sapa, Sopan, Santun dan Sayang akan menjadi amalan yang subur di kalangan warga Darul Quran.’ tambah beliau lagi.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Y.Bhg Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah Darul Quran. Beliau ketika berucap pada perasmian majlis tersebut telah menyentuh beberapa aspek. Antaranya perkara berkaitan imej dan etika berpakaian pelajar yang perlu dipatuhi sebagaimana yang telah termaktub di dalam Buku Tatatertib Darul Quran.
“Sempena majlis ini Darul Quran mengambil inisiatif mengadakan pameran untuk setiap unit dan cawangan yang terdapat di Darul Quran supaya para pelajar berpeluang untuk lebih mendekati dan memahami peranan dan fungsi setiap unit yang ada” kata beliau lagi.
Selain itu, beliau juga menasihati para pelajar supaya mengambil sikap positif dan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara bagi memastikan kecemerlangan dalam akademik dan ko – kurikulum. Beliau berharap semester yang baru ini para pelajar akan lebih meningkatkan prestasi sesuai dengan usaha menaiktaraf Darul Quran kepada Kolej Universiti Al-Quran Malaysia.
Sebelum itu beliau telah mengumumkan pencapaian cemerlang seorang pelajar Semester 5, Zafarul Idham bin Mohd Fauzi yang telah berjaya mendapat tempat pertama dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Pulau Pinang dan seorang bekas pelajar, Safwan Mahli yang bergelar Johan dalam Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Sarawak.
Sementara itu, seramai 91 orang pelajar telah menerima Sijil Anugerah Pengarah di atas keputusan cemerlang dalam peperiksaan semester dengan mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.8 dan ke atas.
fb-DSC_6647
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Us Che Mat bin Che Deraman, Pendaftar Darul Quran, Hajjah Zawanah binti Mohamad, Timbalan Pengarah Cawangan Ijazah, Us Abdul Kodir bin Sallah, Timbalan Pengarah Akademik, kakitangan dan pensyarah serta seluruh pelajar Darul Quran Jakim.
Kami, saff kepimpinan Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ) dengan ini mewakili semua mahasiswa dan mahasiswi Darul Quran ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua para pensyarah yang telah menabur bakti, mencurah tenaga, masa dan keringat dalam mendidik kami semua. Ribuan terima kasih kami hulurkan.
fb-DSC_6698
fb-DSC_6724
fb-DSC_6619
fb-DSC_6591




0 comments: