Monday, January 23, 2012

SYNERGY of ULUL ALBAB Persijilan 12/13





Seinfiniti kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana program Synergy of Ulul Albab (SYABAB) Persijilan yang bermula pada 13 Januari sehingga 15 Januari 2012 bersamaan 19 hingga 21 Saffar 1433H yang lepas telah berjaya dilaksaanakan dengan jayanya. Hasil kerjasama yang mantap 23 pelaksana program dengan dibantu oleh 16 orang fasilitator serta penglibatan guru penasihat PERKEMAT DQ iaitu Ustaz Abdul Aziz b. Abd Samat dan juga Ustazah Suhaida bt. Che Samsuddin, akhirnya mampu mengendalikan program ini dengan kekuatan peserta seramai 88 orang pelajar banin dan 68 pelajar banat.



D’ Heritage Resort yang terletak di daerah Ulu Yam, Selangor Darul Ehsan telah dipilih sebagai lokasi program kali ini dengan melibatkan penginapan selama 3 hari 2 malam di sana. Program dimulakan tepat jam 2.30 petang di dataran masjid Darul Quran dengan membawa semua peserta ke tempat program dengan menaiki bas yang ditempah khas untuk program. Perjalanan yang menakjubkan ini memakan masa 30 minit untuk sampai ke destinasi.

Program Synergy of Ulul Albab (SYABAB) Persijilan 12/13 kali ini dimuatkan dengan 2 sesi ceramah menarik yang mana disampaikan oleh penceramah yang mantap thaqafahnya dan tidak asing lagi kepada para pelajar Darul Quran iaitu Ustaz Mohd Nuruddin Mohamed dan Ustaz Muaz Mantan Exco Lajnah Tadbir PERKEMAT DQ 06/07. Program ini juga memuatkan satu forum ilmiah yang dikendalikan oleh dua orang ahli panel yang hebat dan bersemangat iaitu Ustazah Rohayu Rusli merangkap Presiden SIGMA dan Ustaz Muhammad Zaki Sukery merangkap Mantan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS).

Program ini memuatkan pelbagai pengisian dan aktiviti menarik lagi bermanfaat kepada para peserta umpamanya slot LDK, qiamullail, aktiviti riadhah bermodul, sembang santai, debat ilmiah, BBQ, acara sukaneka, slot muhasabah huffaz dan sebagainya.Program ini yang menjadikan lagu ‘ stand up ‘sebagai lagu tema program berjaya menjadikan peserta program lebih bersemangat. Program ini mencapai penghujungnya pada 15 Januari 2012 pada jam 3.30 petang dan Majlis Perasmian Penutupan Program dirasmikan oleh Ustaz Mohd Anuar b. Baharuddin, Penolong Pengarah Unit Kokurikulum . Kami di barisan urusetia program amat berterima kasih kepada pihak pengurusan D’ Heritage Resort yang menyediakan pelbagai kemudahan kepada kami dalam memastikan kelancaran program ini.Walaupun sepanjang program ini berjalan, wujud juga sedikit kelompangan masalah dan walaubagaimanapun masalah tersebut tidaklah mendatangkan kecacatan yang besar kepada program ini.

1 comments:

semoga SYABAB kali ney lebih bermakna :)