Saturday, September 3, 2011

SAMBUTAN HARI KEMENANGAN

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfiti kepada mahasiswa dan mahasiswi Kolej Universiti Darul Quran.Di kesempatan ini,maaf zahir batin diucapkan kepada kalian dengan harapan Syawal kali ini membawa seribu makna selepas berlabuhnya tirai syahru Ramadhan.

Para Kader Agamawan sekelian,

Ayuh kite tenung kembali proses tarbiah yang telahpun selesai kite jalani pada bulan Ramadhan yang lalu adakah telah mencapai target masing-masing.Memetik kate-kate cendekiawan Islan tanah air,Ustaz Zahazan,beliau ade menyatakan janganlah amalan yang dikerjakan di bulan puasa tempoh hari disepahkan di bulan syawal ini.

Tambahan lagi,nabi pernah bersabda yang bermaksud andai umatku tahu kelebihan bulan Ramadhan ini,nescaya mereka akan mahukan 11 bulan yang lain seakan akan bulan Ramadhan.Jesteru,sukalah saya untuk menyeru kalian untuk bersama-sama mempertingkatkan lagi amalan kite setelah membina benteng yang utuh fi syahru ramadhan yang lepas.Malahan,the important adalah istiqomah.Biar sedikit dan beristiqomah dari banyak kemudian ditinggalkan hingga tiba kesekian kalinya Ramadhan akan datang.

Sedare dan sedari,

tuntasnya ,saya mewakili semua pimpinan persatuan mahasiswa Kolej Universiti Darul Quran ingn mengambil kesempatan di bulan yang baik ini memohon kemaafan seandainya banyak lagi amanah yang dipundak di bahu kami ini belum terlaksana.Lantikan di posisi pengurusan,saya tidak menafikan pelbagai kekurangan yang ada pada sesi pimpinan kali ini.Walaubagaimanapun,pihak kami telahpun berusaha yang terbaik demi kemaslahatan semua.

Apa yang baik itu datang dari Tuhan Azzawajal dan yang buruk itu datang dari diri yang hina ini.

“bersama menerajui perubahan”

Salam Iadah Quran.

Che Faizul Azhar bin Che Mat

YDP Perkemat 10/11

0 comments: