Sunday, August 14, 2011

Majlis Iftar Nuqaba’ Bersama Pengarah DQ

KUALA KUBU BHARU, 12 Ogos:– Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ) melalui Majlis Nuqaba’ di bawah Lajnah Dakwah Dan Tarbiyah (LADAR), dengan kerjasama bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Darul Quran telah mengadakan Majlis Iftar Nuqaba’ bersama Murabbi dan Pengarah Darul Quran pada 11 Ogos bersamaan dengan hari Khamis. Majlis ini telah diadakan di Auditorium Sheikh Mohd Noor kemudian diteruskan dengan berbuka puasa di dewan baru.

Majlis Iftar Nuqaba’ ini merupakan program yang julung kali diadakan oleh pihak PERKEMAT DQ Majlis ini melibatkan semua Nuqaba’ Darul Quran iaitu pelajar daripada semester 3 dan 5.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis dan diikuti dengan ucapan daripada Presiden Majlis Nuqaba’, saudara Ahmad Fahmi bin Mokhtar. Kemudian diteruskan dengan ucapan daripada Murabbi Majlis Nuqaba’, Ustaz Mohd Firdaus bin Rosli dan seterusnya ucapan taujihat oleh Ayahanda Pengarah Darul Quran Tuan Hj. Paimuzi Bin Yahya.

Dalam ucapan taujihatnya beliau berpesan kepada semua nuqaba’ agar meningkatkan kredibiliti sebagai seorang naqib/ah supaya kualiti usrah dapat ditingkatkan lagi bagi melahirkan duat yang memenuhi ciri-ciri individu muslim. Beliau juga membuat perumpamaan bahawa kredibiliti seorang naqib/ah adalah seperti seseorang yang dicampakkan di tengah lautan akan menjadi menjadi sebuah pulau dan apabila dicampakkan di daratan akan menjadi sebuah gunung. Hal ini menunjukkan bahawa seseorang daie yang betul-betul berkualiti akan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain walau di mana saja dia berada. Selain itu, beliau juga ada menyebut mengenai keikhlasan dalam berdakwah.

Majlis diteruskan lagi dengan tayangan video dan diikuti dengan penyampaian cenderahati kepada Murabbi dan Ayahanda Pengarah Darul Quran. Selepas itu, para VIP diiringi oleh YDP PERKEMAT,Pengarah Kempen Biah Solehah dan Presiden Majlis Nuqaba’ ke bilik jamuan untuk berbuka puasa dengan juadah ringan kemudian diteruskan dengan Solat Maghrib secara berjemaah di surau pentadbiran.

Majlis diakhiri dengan juadah berbuka puasa di dewan baru bersama Murabbi dan Pengarah Darul Quran.Makanan yang disediakan cukup special.

(Pengarah DQ sedang menyampaikan amanatnya kepada semua para naqib)

(Suasana sebelum berbuka)

(Nuqaba' sedang bersalam-salaman dengan para vip)

Fotografi : Lajnah Penerbitan dan Informasi PERKEMAT

1 comments:

alfun mabruk buat PERKEMAT dan ladar 10/11 serta semua nuqaba DQ.

alhamdulillah, majlis nuqaba berjaya memecah tradisi. ambil manfaat sebaiknya dari murrabi nuqaba. moga2 usrah dq gah beserta izzah dgn kredebiliti yg terdapat pada para nuqaba nya.

siiru ala barakatillah.