Assalamualaikum kepada semua pecinta alam maya khususya ahli Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran. Apa khabar kalian? Semoga sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah Allah selalu...amin...Cuti yang hampir genap tiga bulan bakal melabuhkan sayapnya tidak lama lagi.Manakala semakin hampir pula dengan bukanya semester baru...
Sahabat dan sahabiah sekalian,
Sudah menjadi kebiasaan saban tahun apabila tiba semester yang baru maka pasti sahabat sekalian akan memacu satu azam yang baru. Kehebatan sahabat sekalian di dalam merancang perancangan yang strategik ini mengingatkan ana kepada sirah hijratul Rasulullah S.A.W. Pelbagai perencanaan yang strategik yang di ambil oleh junjungan besar Nabi Muhammad seperti melantik Saidina Abu Bakar sebagai peneman baginda untuk berhijrah di samping mengupah Abdullah Abu Bakar untuk bergerak di posisi perisikan. Ana mendoakan agar perancangan kalian berjaya di implementasikan dalam lapangan kampus nanti.
Di samping itu, ana mewakili pimpinan persatuan ingin mengajak sahabat sekalian membuat post mortem terhadap diri kita sepanjang berada di bumi barakah ini. Ayuh,kita kenali realiti diri kita sebenarnya dengan menggunakan kaedah SWOT. Carilah dimanakah potensi,kelemahan,kekurangan dan juga peluang kita.
Sirah pembukaan Kota Qonstantiniyyah menjadi bukti betapa penting mengenali potensi dan posisi yang ada bagi menghasilkan kemenagan untuk Islam. Misalannya,Sultan Muhammad al-Fateh mengkaji cabaran untuk menggerakkan alat-alatan gergasi perang seperti meriam,manjanik dan menara bergerak ke dalam kota yang dikelilingi tujuh bukit semula jadi ditambah dengan bentuk muka bumi yang sukar.Berkat SWOT yang dijalankan,maka Sultan Muhammad al-Fateh telah menyediakan 150 000 tentera Usmaniah dengan komando-komando terlatih bagi perang tempur dan mengendalikan perang di kawasan sukar dengan barisan Janissari berada di hadapan.
Siswa dan siswi sekalian,
Besarlah harapan ana agar pada semester yang baru ini agar lebih ramai mahasiswa/i mampu untuk menggapai keputusan mumtaz dalam imtihan di samping giat di dalam melaksanakan kerja-kerja yang berunsurkan da’wah. Hari ini huffaz tidak lagi hanya masyi al-quran semata-mata, tidak lagi berprogram semata-mata, dan tidak mempunyai thaqofah semata-mata sebaliknya kali ini huffaz Quran perlu kuasai kesemuanya di dalam merealisasikan suatu dimensi perubahan demi untuk menegakkan kebenaran di atas keruntuhan jahiliyyah.
Maka di sini perlulah semua mengembelengkan tenaga mengikut potensi dan peranan masing-masing. Pimpinan dan ahli perlu bergerak seiring demi ummah tercinta. Bukannya meletakkan ke atas bahu pimpinan semata-mata. Malahan,setiap komentar ahli ana cukup hargai demi mempertingkatkan lagi prestasi gerak kerja Islam di dalam kampus barakah ini. Tambahan lagi, alangkah lebih elok sekiranya ia dihadirkan dengan sebarang cadangan yang membina demi kemaslahatan ummah sejagat. Sekian.
“Ke Arah Pembentukan Generasi Al-Quran Yang Unik”
“Bersama Menerajui Perubahan”
Che Faizul Azhar Bin Che Mat
Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran
Sesi 2010/2011
(Teks ini telah disiarkan di dalam blog PERKEMAT DQ pada 22 Mei 2011)
0 comments:
Post a Comment