Wednesday, May 4, 2011

Program Tasmi' Tambahan ; Antara Bukti Kesungguhan Pelajar

Cuti semester yang bermula 5 Mac 2011 sehingga 22 Mei 2011 bagi pelajar Program Diploma Tahfiz Al-Quran semester 2 dan 4 tidak menghalang pelajar untuk terus mengikuti Kelas Tasmi’ Tambahan. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz PERKEMAT dengan kerjasama Jabatan Al-Quran Darul Quran pada 4-22 April 2011.

Sehubungan dengan program tersebut, satu Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Tasmi’ Tambahan telah diadakakan pada 21 April 2011, hari Khamis jam 9.00 malam bertempat di Auditorium Sheikh Mohd Noor, Darul Quran.Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Penasihat Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran, Al Fadhil Us. Abdul Aziz bin Abdul Samad.

Pelbagai program telah diatur oleh pihak PERKEMAT sepanjang program Tasmi’ Tambahan berjalan, antaranya ialah kuliah tafaqquh, sukaneka dan futsal yang bertujuan membina kekuatan rohani dan jasmani para huffaz di samping mengeratkan lagi ukhuwwah di kalangan mereka. Antara objektif utama penganjuran Kelas Tasmi’ tambahan adalah untuk membantu para pelajar menghabiskan muqarrar hafazan lebih awal dari masa yang ditetapkan pada setiap semester dan dapat mengulang hafazan dengan lebih baik sebelum menjelang musim peperiksaan.

Menurut penyelaras program daripada Jabatan al-Quran, Uztaz Ibrahim bin Abdullah, beliau berpendapat bahawa prestasi tasmi’ para pelajar pada kali ini adalah memuaskan yang mana sebahagian besar daripada pelajar dapat menghafaz melebihi 1 juzu’ dalam masa tiga minggu seperti yang disasarkan. Program seumpama ini memberi peluang kepada para pelajar memanfaatkan waktu cuti semester yang panjang bagi menambah jumlah hafazan dan membuat pengukuhan terhadapnya. Anugerah Pelajar Cemerlang Tasmi’ Tambahan ini telah diberikan mengikut semester atas pencapaian mereka dalam hafazan serta komitmen dalam menjalani program ini. Pelajar-pelajar tersebut ialah:

Semester Empat

  1. Mustaqim bin Razali (3 Juzu’)
  2. Ahmad Fikri bin Daud (3 Juzu’)
  3. Nurul Hidayah binti Baharudin (10 Juzu’)
  4. Siti Asma’ Zuliani binti Zulkifli (2 Juzu’ 5 Maqra’)

Semester Dua

  1. Ahmad Akmal Hakim bin Zakaria (2 Juzu’)
  2. Mohd Noor lokman bin Ismail (2Juzu’)
  3. Sumayyah bin Razali (4 Juzu’)
  4. Hidayah binti Abdul Kodir (3 Juzu’)

0 comments: