Tuesday, April 19, 2011

PROGRAM SUKAN IQRAC (SUKRAC) 2011

Program Sukan IQRaC Marjanul (SUKRAC) 2011 merupakan program anjuran Intellectual Quranic Generation Club (I.Q.RaC) dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ) dan pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) Darul Quran, JAKIM. Program ini dilaksanakan khusus untuk pelajar IQRaC iaitu semester satu dan tiga bagitahun 2011.

Seinfiniti kesyukuran dipanjatkan ke Hadrat Ilahi, program yang bermula pada tanggal 28 Mac 2011 (Isnin) ini dapat dijalankan dengan jayanya seperti yang telah dirancang. Dengan partisipasi dan kekuatan anggota seramai 20 orang, program ini dapat berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Lokasi program SUKRAC ini ialah di Dewan Kompleks Sukan Darul Quran dan dijalankan selama seminggu dan berakhir pada hari Ahad , 3 April 2011. Dengan meletakkan objektif meningkatkan ukwah dalam kalangan pelajar sijil sebagai sasaran utama program, semua koordinator dan majlis tertinggi program berusaha sebaik mungkin dalam memastikan kelicinan program SUKRAC ini.

Program sukan ini bermula pada setiap petang dalam tempoh lima hari yang awal iaitu Isnin sehingga Jumaat. Masa pertandingan bermula pada pukul 5.30 petang dan berakhir pada pukul 7. 10 malam. Secara keseluruhannya, permainan yang dipertandingkan dalam program ini ialah bola sepak, futsal, bola keranjang, ping pong, sepak takraw dan bola tampar. Untuk memudahkan urusan permainan, ahli-ahli IQRaC telah dibahagikan kepada empat buah rumah iaitu, merah (100 plus), biru (Gatorade), kuning (Sprite) dan hitam (Revive). Melalui rumah sukan masing- masing para peserta program akan bersaing utnuk meningkatkan nama rumah sukan mereka sekali gus dinobatkan juara keseluruhan. Semua permainan yang dijalankan berkonsepkan sistem liga, bermakna setiap pasukan akan berpeluang untuk bersaing dengan setiap rumah sukan yang lain. 3 mata diberikan untuk kemenangan, 1 untuk seri dan 0 untuk kekalahan. Secara keseluruhan pula, Tempat pertama dalam setiap permainan akan memperoleh 8 mata bagi johan, 5 bagi naib johan , 3 bagi tempat ketiga dan 2 mata untuk tempat terakhir. Melalui mata-mata yang dikumpul bagi setiap jenis permainan yang dipertandingkan, markah keseluruhan akan dijumlahkan untuk pengiktirafan kepada johan keseluruhan SUKRAC.

Selama lima hari sukan dijalankan, permainan yang dipertandingkan adalah seperti yang disebut.Pada hari Isnin bersamaan 28 Mac, sukan yang dipertandingkan ialah futsal, bola keranjang dan ping pong. Bagi hari Selasa, sukan yang dilaksanakan ialah bola sepak, takraw dan bola tampar. Permainan pada hari Rabu dan Jumaat adalah sama dengan hari Isnin manakala permainan hari Khamis adalah bersamaan dengan permainan pada hari Selasa. Seperti yang dinyatakan, tiga jenis permainan dipertandingkan pada setiap hari dan dua hingga tiga perlawanan dilaksanakan bagi setiap jenis sukan yang dipertandingkan. Markah dan keputusan setiap perlawanan untuk setiap sukan yang dipertandingkan direkod dan dicatat oleh unit yang berkenaan. Semua permainan berjaya diselesaikan pada petang Jumaat dan justeru itu, peserta dibenarkan berehat pada hari Sabtu.

Pada malam Ahad pula bersamaan 3 April 2011, Majlis Perasmian Penutup Sukrac telah dilaksanakan. Majlis bermula dengan ucapan Pengarah Program iaitu saudara Ahmad Naemmuddin bin Adnan. Mjlis kemudian diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Penasihat PERKEMAT Ustaz Abd Aziz bin Abd Samad. Selain majlis penyampaian hadiah, para peserta telah disajikan dengan video KD, sebalik tabir dan video sepanjang program.PAda malam yang sama juga, rumah merah (100 plus) telah merangkul juara keseluruhan dan saudara Amir Syafiq daripada semester satu dan saudari Nasuha Ahmad Fazrin dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati SUKRAc 2011. Secara keseluruhannya, majlis pada malam tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada semua pelajar dan diharapkan agar berterusan pada masa-masaakan datang.

Secara prioriti dan kesimpulannya, program yang berpaksikan kepada beberapa matlamat dan objektif penting ini, bertujuan utama melahirkan generasi huffaz yang bukan sahaja mampu untuk menghafaz Al- Quran dan berkepimpinan, malah aktif, progresif dan dinamik dari segi mental, fizikal dan gerak kerja.Selain itu, perlu juga dingati sukan sesungguhnya merupakan satu landasan yang cukup sempurna dalam menguatkan ukhwah dan perpaduan ummah itu sendiri sekali gus sejajar dengan tema SUKRAc 2011 iaitu “ Sports : The Impetus towards Consolidation of Ummah” Jutaan terima kasih diungkapkan buat semua pihak yang bertungkus-lumus dalam menjayakan Program Sukan IQRaC (SUKRAC) 2011. Semoga segenap usaha yang dicurahkan diganjari oleh Allah S.W.T. Sekian.




0 comments: