Monday, March 21, 2011

Kalam YDP-Cuti Semester

Salam perjuangan kepada semua siswa san siswi Darul Quran, pertama dan selamanya marilah sama-sama kita merafatkan kesyukuran kita kepada Allah Taala kerana diberi peluang untuk bersua muka di dalam teknologi maya yang serba canggih ini. Di samping itu, janganlah alpa kepada jasa dan pengorbanan junjungan besar nabi Muhammad di dalam memasakkan agama Islam di dunia yang fana ini.

Sahabat yang dirahmati Allah sekelian,

Bersempena musim cuti semester ini khususnya kepada siswa dan siswi diploma, ana menyeru diri ana dan sahabat sekelian agar mengisi masa yang terluang dalam segenap peluang dengan perkara yang berfaedah.

Di kesempatan ini juga, ana menyarankan kepada kita semua untuk merenungkan satu peringatan khas dari seorang ulama’ sufi yang bernama Ibnu ‘Atoillah yang ada menyebut:

“Dua tanda hati yang mati, iaitu:

· Bila seseorang itu membuat maksiat, maka hatinya tidak merasa menyesal.

· Manakala bila seseorang itu terlepas dari melakukan sebarang amalan, maka dirinya tidak merasa sedih.”

Ikhwan dan akhowat sekelian,

Marilah bersama menjaga hati kita ini dari terus dibelenggu kehitaman maksiat, sesungguhnya sakit anggota lain rakan taulan ketahui, tapi sakitnya hati kita tiada siapa yang erti melainkan diri kita dan Allah taala. Teruskanlah sirami hati kita dengan selalu iadah al-Quran, berzikir kepada Allah dan pelbagai lagi amalan lain yang mampu mengilatkan lagi hati yang karat itu.

Akhir kalam, gunakanlah kesempatan untuk kebaikan dan jadikanlah lapangan cuti ini untuk mengislahkan diri kita sendiri disamping untuk melaksanakan ‘amar makruf wa nahyu munkar’.

Sekian, terima kasih, asssalamualaikum.

“bersama menerajui perubahan”

Ke arah melahirkan generasi al-quran yang unik”

Che Faizul Azhar bin Che Mat

Yang Dipertua PERKEMAT 10/11

0 comments: