Monday, February 8, 2010

INTER FAMILY GAMES Persijilan DQ-UIAM sesi 10/11

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada 5 hingga 7 Februari yang lalu,satu program yang di namakan sebagai “Program Inter Family Games” atau lebih dikenali dengan nama “INTERFAME”, telah berjaya dilaksanakan.Program ini merupakan program yang saban tahun dijalankan oleh pihak Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ) dengan kerjasama bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Darul Quran, JAKIM. Program ini juga telah dilaksanakan dengan kelolaan bersama Unit Usrah Lajnah Dakwah Dan Tarbiyah (LADAR).

Majlis perasmian pembukaan bagi program INTERFAME 2010 dengan tema “The Real Huffaz Empowering The World” telah disempurnakan oleh Al-Fadhil Ustaz Shahrulkarnain bin Mohd Nazir. Alhamdulillah,dengan komitmen dan kerjasama yang jitu dari semua pihak, program INTERFAME pada kali ini telah berjaya dilangsungkan dengan penglibatan seramai 121 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar Persijilan Tahfiz DQ-UIAM 2010/11. Manakala barisan fasilitator yang dilantik pula adalah terdiri daripada para Nuqaba’ banin dan banat.

Program ini telah berlangsung selama tiga hari dua malam bertempat di kompleks Darul Quran JAKIM. Antara objektif utama program INTERFAME ini ialah untuk menjelaskan kepada para peserta tentang halatuju dan matlamat program Persijilan Tahfiz DQ-UIAM dalam usaha untuk mengurangkan peratus pelajar yang berhenti sebelum tamat tempoh pengajian. Selain itu,program ini juga diharap dapat membangkitkan kesedaran dan tanggungjawab sebagai seorang daie sekaligus meningkatkan tahap kefahaman peserta terutamanya dari sudut akidah,ibadah dan akhlak islamiyah. Sebagai tambahan,peserta juga dapat memupuk semngat berukhuwwah dan berusrah sesama mereka dalam perjalanan menuju mardhatillah.

Pelbagai aktiviti berbentuk ilmiah seperti ceramah dan forum telah disediakan di sepanjang program berlangsung,di samping aktiviti berbentuk permainan seperti slot riadhah bermodul yang dilaksanakan dengan penuh santai. Dengan terlaksananya program ini diharap dapat menjadi titik tolak yang terbaik bagi melahirkan generasi Al-Quran yang unik dalam usaha memacu gerakan dakwah Islam melalui penerapan nilai-nilai positif yang diterapkan melalui institusi usrah agar selaras dengan moto PERKEMAT DQ.

“ Ke Arah Melahirkan Generasi Al-Quran yang Unik”

Sesi pendaftaran peserta...


Sesi bergambar pengarah dan perasmi program...

Topup pertama (nyanyian lagu tema)...

Ukhwah yang terhasil dari usrah...

PEACE...!!!...simbol yang cuba diterjemahkan....

Banat pun tidak kurang semangatnya...

"BANAT POWER..."

1...2...3...4...5...6...7...8...

Wajah ceria terpancar pada wajah setiap peserta...

Mak kate program ni best...!!!

1 comments:

This comment has been removed by the author.