SEJARAH PASTI BERULANG....
Pada 23 Januari 2010,bertempat di Auditorium Sheikh Mohd Noor , PERKEMAT dengan kerjasama LADAR telah mengadakan suatu ceramah yang bertajuk “Kebangkitan Islam : Bagaimana Kerajaan Abbasiyah Jatuh pada 18 Januari 1258”.Ceramah yang telah disampaikan dengan berkesannya oleh Ustaz Mohd Sya’ari bin Abdul Rahman selama 2 jam ini berjaya menarik kehadiran yang amat menggalakkan oleh para pelajar.
Al – Fadhil ustaz telah memulakan perkongsiannya…. .
`Sebagaimana sekalian makhluk bertawaf di muka bumi ini,sebagaimana planet-planet berputar di atas orbit dan kembali semula ke tempat asalnya ,begitu jugalah alkisahnya dengan sejarah.Sejarah akan berulang,beruntunglah bagi sesiapa yang mengambil pengajaran daripada zaman putih & rugilah bagi mereka yang mengabaikan peristiwa hitam kerana mereka pasti akan mengulanginya.Pendapat ini di nyatakan oleh Ibn Khaldun seorang ilmuan di zaman Abbasiyyah dalam karyanya Muqadddimah.Segala catitan sejarah di zaman silam pasti mempunyai ibrahnya tersendiri.Mafhum dari surah Yusuf : 11, fungsi abrah:jarum dalam kaca mata sejarah adalah menjahit dua sejarah yang berbeza di atas satu titik persamaan.
Ada sesetengah berpendapat , Baghdad jatuh pada 10 Februari 1258 dan khalifah Mu’tasim Billah iaitu pemerintah yang ke 37 Abbasiyah meninggal dunia pada 20 Februari 1258.Sesetengah lain berpendapat Baghdad jatuh pada 18 Januari 1258.Antara punca kejatuhan Abbasiyyah yang telah cuba dipertahan selama 508 tahun lamanya adalah kerana Sultan Mu’tasim Billah meremehkan kekuatan musuh Allah.Ini berlaku setelah Umayuddin Al-Qomi ,seorang munafiq dari puak Syiah mengkhianati pemerintahannnya. Beliau telah berjaya mendoktrin Sultan Mu’tasim Billah untuk mengurangi bilangan tentera kerana faktor kekurangan wang untuk menggaji para tentera.Ini semua merupakan hasil komplot Umayuddin Al- Qomi dengan Hulagu Khan , ketua tentera Mongol untuk melemahkan ketenteraan Abbasiyyah.Selain itu ia berpunca dari semangat nasionalisme yang kian menebal dalam kalangan orang Arab apabila mereka tidak dapat menerima orang Turki dalam pemerintahan Abbasiyyah menyebabkan negara-negara Arab berpecah . Kesan daripada kejatuhan ini,ilmu-ilmu yang berharga dalam Darul Hikmah (sebuah perpustakaan pertama dunia) dibakar dan dicampakkan ke dalam Sungai Dajlah sehingga aliran yang dulunya jernih bertukar hitam kesan kebakaran dan dakwatnya.Walaupun tentera Mongol buta huruf mereka tidak mensia-siakan khazanah ilmu Islam.Mereka menghantarnya kepada tentera Salib untuk dikaji & diaplikasi.Sebanyak 800 000 orang Islam dibunuh dan diseksa tanpa perikemanusiaan.
Dengan penuh ketegasan,ustaz memperjelaskan..
Tragisnya , episod kematian Sultan Mu’tasim Billah berakhir dalam gulungan karpet setelah dipijak-pijak dengan kaki kuda sehingga mati.Mereka berkepercayaan dengan cara ini mereka akan dapat mengelakkan terjadi bala seandainya darah khalifah tersebut tumpah ke bumi.Namun begitu selang beberapa tahun,tentera Mongol yang dikepalai oleh Hulagu Khan berjaya dikalahkan oleh tentera yang dipimpin oleh Sultan Qutuz dari kerajaan Mamanik hasil kerjasama dengan adik Hulagu Khan , iaitu Perkhiz Khan.Demikianlah,maha dahsyat penerimaan yang memilukan…
Habis sudah kita menjenguk dan mencedok tiap inci input yang diberi al-fadhil ustaz,perhatikanlah pada tiap yang dapat kita rumuskan dari `athar’ kemelesetan dan keretakan sejarah Islam yang lepas,kenapa?..apa keperluannya?..sedar dan bangkitlah,tak lain tak bukan untuk mengembalikan semula kekuatan Islamiah yang tidak cukup hanya bergantung dengan kekuatan amanah tetapi perlu juga disokong oleh quwwah.Dalam suatu aturan roda, kerajaan Islam pernah berada di pusingan teratas seperti pada zaman pemerintah yang ke-10 Turki Uthmaniyyah ,iaitu Sulaiman al –Qanuni yang pernah menguasai 2/3 dunia.Namun selepas peristiwa yang menghentam umat Islam pada 1924 , umat Islam berputar ke bawah dan masih lagi tidak berganjak hingga ke hari ini.Jadi,sedar dan bangkitlah wahai pemuda pemudi! Sesungguhnya tugas memikul dan memutarkan kembali roda ke putaran teratas terletak di pundak kita selaku Huffazul Quran,kitalah `jiilul Quran’ yang dinamik,kuburkan static gerak gerimu,juang amalmu dalam tiap denyut nadi hidupmu..intifada seterusnya,pemangkinnya kita!
“ Wahai kaum muslimin ! Janganlah kamu memikirkan tewasnya saudaraku .Orang yang berjiwa singa selalu sahaja mati dalam keadaan semacam ini (gugur syahid ).Lihatlah panji-panji kita yang masih berkibaran. ”
Panglima al- Muthanna
0 comments:
Post a Comment