Thursday, January 1, 2015

Misi Bantuan Mangsa Banjir Di Kelantan

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah, Perkemat DQ dengan kerjasama Darul Quran, JAKIM telah selamat bertolak ke negeri pantai timur untuk misi bantuan mangsa banjir bermula 1 Januari 2015 sehingga 4 Januari 2015. Fokus misi pada kali ini ialah membantu pelajar-pelajar yang ditimpa musibah banjir sekitar Kelantan dan Terengganu untuk pulang ke Darul Quran secara percuma di samping menghulurkan bantuan berupa pakaian, makanan dan barang-barang keperluan asas yang lain.

Jutaan terima kasih kepada pihak-pihak berikut :

1) Pihak Darul Quran yang membenarkan dan sudi bekerjasama dengan Perkemat dalam menjayakan misi kali ini.

2) Koperasi Darul Quran yang bermurah hati menjadi penaja pakaian peserta untuk misi kali ini.

3) Pelajar-pelajar Darul Quran yang bertungkus lumus dalam kerja-kerja persiapan penghantaran barang-barang ke negeri yang dilanda musibah.

4) Pihak luar yang turut memberikan sumbangan dan tajaan.

Oleh itu, sama-sama kita mendoakan agar mereka selamat pergi & pulang semula dan mendapat redha Allah hendaknya.


Nur Amirah Binti Mohd Yahya
Naib Yang Dipertua
Perkemat 14/15
1 Januari 2015





Friday, December 26, 2014

Makluman daripada Yang Di Pertua PERKEMAT 14/15

Assalamualaikum wbt
Doa dan munajat terus dipanjatkan kehadrat Ilahi,moga dengan belas dan kasihnya,kita sama-sama dapat mengtasi musibah yang melanda negara sekarang ini. Disini,saya dengan rendah diri ingin memaklumkan bahawa :

1. Hasil perjumpaan dengan KPP HEP pagi tadi,semua siswa dan siswi diwajibkan untuk pulang ke DQ pada 28 Disember 2014 KECUALI mereka yang betul-betul dilanda musibah yang menyukarkan untuk kembali ke DQ. Para siswa dinasihatkan agar berhati dalam menghadapi musibah yang melanda di negeri masing-masing dan memberi sepenuh kerjasama kepada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta yang bertanggungjawab dalam operasi menyelamatkan mangsa banjir.

2. Sesungguhnya pertolongan Allah SWT itu dekat,oleh itu,bersama-sama kita untuk terus berdoa didalam apa jua keadaan. Buat para huffaz yang disayangi,jangan lupa untuk terus tetap menjaga Al-Quran yang telah dihafaz selama ini meskipun terpaksa berdepan badai yang melanda.

3. Cadangan mengenai kutipan derma dan penghantaran sukarelawan DQ ke tempat-tempat yang dilanda banjir sedang dipertimbangkan dan akan diperhalusi sebaiknya.

إن الله مع الصبرين
لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم

Muhammad Mujahid Bin Yusup
Yang Dipertua
PERKEMAT DQ 14/15
26 Disember 2014

Sunday, December 21, 2014

KALAM Yang Di Pertua dan Naib Yang Di Pertua PERKEMAT Sesi 2014/2015



* Klik gambar untuk dibesarkan*

PROGRAM INDUKSI PERKEMAT SESI 2014/2015

Selepas hari pertabalan PERKEMAT baru, memang menjadi adat untuk PERKEMAT yang baru diinduksikan oleh PERKEMAT yang telah pun menjadi mantan. Program ini telah berlangsung selama 5 hari dan telah dimulakan dengan Road to Induksi pada hari Rabu, 10 Disember 2014 dan pada hari Jumaat, 12 Disember 2014, mereka telah berkampung di Nur Bukit Unggul di Dengkil.
















Moga dengan pulangnya mereka ke Darul Quran, mereka telah membawa semangat baru dan akan melebarkan nafas baru ke seluruh pelajar Darul Quran. Selamat Maju Jaya!


KARNIVAL 30 TAHUN PERKEMAT DQ

Pada 1 Disember 2014 hingga 6 disember 2014 telah berlangsungnya KARNIVAL 30 TAHUN PERKEMAT DQ. Program ini menjadi satu tradisi dimana barisan PERKEMAT sesi 13/14 pasti sedang menghitung detik- detik penurunan takhta mereka sebelum hari pertabalan PERKEMAT baru. Program ini telah mendapat sambutan hangat daripada seluruh pelajar Darul Quran dan mungkin boleh dikategorikan sebagai program yang paling meriah sepanjang tahun 2014.

                          
                           * sewaktu program  yang disampaikan oleh saudara Fahmi Mokhtar
dan saudari Ummu Khadijah *

* Program santai bersama Ustaz Izhar Ariff *

Banyak lagi program yang melibatkan ukhwah di antara para pelajar yang tidak dapat kami siarkan gambar-gambar mereka atas sebab-sebab yang tertentu seperti pertandingan bola sepak piala YDP, pertandingan bola jaring piala NYDP dan permainan sukaneka.

Untuk pengetahuan semua , pada minggu berkenaan juga, telah berlangsungnya sesi pembelian borang calon PERKEMAT sesi 14/15, sesi Malam Ramah Mesra untuk calon PERKEMAT 14/15 dan hari pembuangan undi pada malam 5 Disember 2014. Alhamdulillah, pada malam kemuncak, iaitu pada malam 6 Disember 2014, secara rasminya PERKEMAT 13/14 menurunkan takhtanya kepada PERKEMAT 14/15. Tahniah dan Takziah diucapkan kepada PERKEMAT yang baru sahaja dilantik melalui proses pengundian oleh pelajar Darul Quran. Moga, dengan tertaklifnya taklifat berkenaan akan menjadikan PERKEMAT sebuah organisasi yang setia mendengar luahan hati para pelajar Darul Quran.

* sekitar Majlis Mesyuarat Agong PERKEMAT ..


* Bacaan Ikrar oleh saf kepimpinan PERKEMAT sesi 2014/2015 *

                           
* Sekitar Majlis Makan Malam Karnival 30 Tahun PERKEMAT DQ *

                           
* Ucapan Yang Di Pertua PERKEMAT 14/15 yang disampaikan oleh saudara Mujahid *

                            
* Persembahan khas oleh artis jemputan, ustaz Iwan Syahman *

                       
Tahniah kepada mereka yang telah menjayakan Karnival 30 Tahun PERKEMAT ini.Harapannya, agar pada sesi akan datang, program seperti dapat lagi diteruskan dengan jayanya.


* Selamat Menjalankan Tugas Semua ! *



Tuesday, December 16, 2014

Budak Tarbiyah


pencari tarbiyah .

itu aku .

cuba untuk meneroka pelbagai sudut dunia .


untuk mencari yang dinamakan Tarbiyah .


aku tenggelam dalam sebuah bandar metropolitan .


jujur , aku tak pernah hidup susah .

setiap apa yang aku nak ,

macam magik ,

akan ada depan mata .

sampai satu saat ,

aku betul - betul perlukan sesuatu ,

tapi dihalang ,

kerana mereka tak punya duit yang cukup .

masa tu ,

pertama kali ,

aku marah sebab tak dapat apa yang aku nak .

tapi ,

aku tau , itulah tarbiyah dari Dia .

merasa SUSAH untuk dapat KESENANGAN akan datang .

berjaulah .

berbekalkan earphone yang tak sudah - sudah memutarkan lagu yang sama ,

lagu farid sanullah - Dont Forget ALLAH ,

sambil melihat lautan manusia ,

ternyata ,

aku dan mereka tiada beza ,

mengejar dunia ,

berasak - asakan , bergerak laju

takut lambat sampai ke destinasi ,

tapi ,

aku dan mereka tak sedar ,

kematian seolah mengejar aku dan mereka saat aku dan mereka mengejar keuntungan dunia ,

makin laju derap langkah aku dan mereka ,

makin laju bagai halilintar ,

kematian mengejar .


" ... Kamu menghendaki harta benda duniawi sedangkan ALLAH menghendaki ( pahala ) akhirat (untukmu .. " ( Al- Anfal ayat 67 )

 berhenti di satu sudut ,


andai apa yang ALLAH mahukan ta dapat aku turuti ,


lalu ,


untuk apa aku dijadikan atas muka bumi ni .

#Sumber : BloggersFaqir





Bakti Huffaz Sesi 2014

Alhamdulillah , pada 24 oktober 2014 - 29 oktober 2014 telah berlangsungnya sebuah program tradisi yg sinonim dengan nama "Bakti Huffaz" . Program ini melibatkan para peserta dan keluarga angkat masing masing dan ia telah berlangsung di sebuah pusat eko perlancongan yang terletak di Kampung Ampangan , Tanjung Karang .

Melihat kepada panorama alam sekitar dan kedamaian suasana kampung itu , ia telah berjaya memikat hati peserta seramai 101 orang termasuk bilangan pelajar lelaki dan perempuan .

Pelbagai program telah dapat dilaksanakan dengan jayanya , antaranya ialah gotong-royong memasak dengan warga desa , perlawanan persahabatan bola sepak dengan warga desa , program motivasi di sekolah rendah , pemeriksaan kesihatan , santai sawah dan sebagainya . Boleh kata , sepanjang berada dalam program berkenaan , para peserta memang tak duduk diamlah . Kalau tidak ke sawah bermain lumpur pasti akan ke parit untuk memancing .

Tahniah dan syabas diucapkan pada koordinator-koordinator program yang terlibat untuk Bakti Huffaz kali ini . Pada dasarnya , program ini , benar2 memikat hati peserta dan melakar kenangan kenangan indah bersama keluarga angkat masing-masing . Harapannya , moga program seperti ini tetap dapat dilaksanakan oleh generasi-generasi akan datang , in shaa ALLAH .


*terpancar ke excited an dimuka peserta *

*kumpulan Al-Farouq ( DQ ) di Malam Kesenian Islam *

*Majlis Penutup . KANAN : Encik Zainudin merangkap ketua kampung Kampung Ampangan . *

* khusyuk mendengar ceramah . Mungkin .*

*Ustaz Ebit Lew *

*Pertandingan Tarik Tali bersama warga desa *

* Ustaz Aisyamudin dan Ustaz Hariyanto sewaktu malam ceramah beliau *

Sunday, June 8, 2014

Majlis Khatam Hafazan al-Quran Program Pensijilan Tahfiz 2014

Seramai 122 pelajar Pensijilan Tahfiz al-Quran telah diraikan dalam Majlis Khatam Hafazan al-Quran Program Pensijilan Tahfiz al-Quran yang telah disempurnakan oleh Y.Bhg Puan Hajah Zawanah binti Muhammad, Pengarah Darul Quran pada 26 April 2014 di Dewan Muktamar Darul Quran, Jakim, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Sementara itu, dua anugerah khas turut dianugerahkan kepada pensyarah dan pelajar yang menunjukkan pencapaian memberangsangkan sepanjang pengajian berlangsung. Anugerah Pensyarah Tasmi’ Cemerlang telah dianugerahkan kepada Ustaz Syeikh Muhd Mujahid bin Sikh Nawawi dan Ustazah Farikha binti Mohammad Kusairi. Manakala Anugerah Pelajar Cemerlang dianugerahkan kepada saudara Haziq Hakeem bin Ahmad Affandi (JAKIM-UIAM), saudari Farah Syahirah binti Ahmad (JAKIM-UIAM) dan saudari Nur Ainun Mardhiah binti Amran (JAKIM-UNITEN).

Pada hujung Mei lepas , para pelajar pensijilan telah berjaya menamatkan pelajarannya di Darul Quran dan bakal melangkahkan kaki ke UIAM dan akan mendaftar disana pada 8 JUN 2014 dan ada juga diantara mereka yang bakal melanjutkan pelajarannya ke luar negara . 

Buat pelajar pensijilan tahfiz , dimana pun kalian berada , sentiasalah menjadi anak-anak panah ISLAM yang menyebarkan dan menegakkan ISLAM diseluruh pelosok dunia . Gunakan kelebihan yang telah dikurniakan ALLAH itu ke arah mendaulatkan ADDINUL ISLAM . Semoga berjaya !





Saturday, June 7, 2014

Alkisah biji benih



Teringat satu program usrah di universiti dulu . Barang amanah adalah biji benih .

Series , leceh ~ ! ke mana-mana pun pergi , mesti kena bawak . karang kalau tinggal , kena amek dek kakak abang fasi , sia-sia je aku bela benda tu .

setiap pagi , dalam kepala otak memang tade benda dah aku fikir . buka je mata , baca doa bangun tidur dan terus terfikir , " ehh , mana biji benih .. ? " GRR .

Dalam masa tiga hari program tu , memang senantiasa kena cek , tisu tu masih basah ke ta , bijih benih tu bercambah ke ta dan sungguh , aku tak sabar nak habis program supaya aku boleh campak bijih benih ni jauh daripada hidup aku ~

dan , hari terakhir program telah pon tiba . aku menggenggam kemas botol yang terisi bijih benih yang dah pon bercambah tu . " haha . sekejap lagi , kau akan ku baling ke tanah dan kau hidup laa sendiri .. ! "

usai sahaja habis program , kakak fasi maju ke hadapan . *da kenapa ayat aku da macam ayat novel ni . haha *

" Siapa yang dah hilang bijih benih dia , sila bangun .. "

ada laa dua tiga empat lima enam orang yang berdiri . aku tersenyum bangga sebab aku punya tak hilang malah subur lagi . huhu .

" tau ta kenapa akak bagi bijih benih sebagai barang amanah .. ? "

dan , dah tentulah aku tak tau . 

" Apa perasaan korang bila kena jaga bijih benih ni .. ? nak kena siram hari-hari . hari-hari kena tengok ? "

rasa serabut , kak ~ tapi , tu aku jawab dalam hati je . mana berani nak cakap depan-depan . mau gak kena tumbuk dengan tumbukan padu karang .

" rasa susah kan ~ ye laa . sedangkan kita banyak lagi kerja . ni tak pasal-pasal nak kena jaga bijih benih pulak . ye ta .. ?

haha . betul pulak apa kakak ni cakap ..

" dan , itulah perasaan murabbi kalian untuk jaga kalian . hari-hari nak kena tengok kalian . pastikan apa yang kalian buat mengikut landasan syariat . Murabbi lalai je sikit , maka bertambah lalai laa kalian . Sedangkan , murabbi tu jauh lebih banyak kerja yang dia kena settle kan . hal dia pon ta settle tapi kerana ALLAH mereka luangkan masa untuk mad'u mereka , iaitu kalian . macam tu laa bijih benih . kalau lalai ta jaga dia betul-betul , memang cepatlah dia mati .. "

dan , aku terdiam . mungkin ada air jernih yang mengalir . 

" Lawla MURABBI ma araftu RABBI .. "

Benar , tanpa murabbi , mana mungkin aku kenal tuhan aku . ALLAH ~

Synergy Of Ulul Albab 2014

Alhamdulillah , segala puji bagi ALLAH yang telah menyempurnakan salah satu program wajib bagi kemasukan pelajar baru diploma pada tahun 2014 . Program ini telah dikelola sepenuhnya oleh ahli Persatuan Kebajikan Maahad Tahfiz Darul Quran dan telah berlangsung di Impiana Country Resort , Hulu Langat .

Program yang dijalankan selama tiga hari dua malam ini berobjektifkan untuk membentuk akhlak para pelajar mengikut acuan al-Quran dan as-Sunnah , menghasilakn sillaturrahim yang mantap dikalangan mereka dan melahirkan huffaz yang mempunyai kesedaran untuk menjalankan tanggungjawab sebagai hamalatul Quran .

* maka , biarlah gambar yang terus berbicara *













Sunday, February 16, 2014

Majlis Khatam Hafazan Al-Quran 2014

Bunyi mercun berdentum-dentam,
Ada yang takut ada yang berani;
Walaupun sudah majlis khatam,
Minta jauhkan tasfiah dan dur thani.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar semester 6 ( NUQLIUZ ) kerana telah berjaya menamatkan 30 juzuk hafazan Al-Quran . Majlis gilang - gemilang ini telah diadakan pada 15 Februari 2014 dan bertempat di Dewan Muktamar Darul Quran . Kehadiran ibubapa dan ahli keluarga para pelajar semester 6 sudah tentu merancakkan lagi majlis pada hari itu . 

Teringat pesanan seorang ustaz dikala beliau dipanggil untuk memberikan ucapan dihari penutup Haluan Siswa dulu . 

       " Bila dah gred daripada DQ , dah ada 30 juzu' Quran dalam diri , jangan simpan sorang-sorang je .. sebarkan kepada orang lain agar mereka tahu tentang keagungan ALLAH S.W.T .. "

Moga-moga Al-Quran yang telah dihafaz boleh membentuk diri para pelajar menjadi insan yang soleh dimata ALLAH .