Thursday, June 23, 2011

Dinar Emas | Satu Diskusi

ALHAMDULILLAH. kerana dengan izinNya seminar Pelaburan Dinar Emas yang dianjurkan oleh Lajnah Ekonomi (LEKON) dapat berlangsung pada 12 JUN yang lepas di Dewan Baru.. Seminar ini dikhususkan kepada bendahari lajnah, bendahari semester, bendahari syukbah dan ahli lajnah ekonomi sendiri UNTUK membuka minda mereka tentang penjanaan kewangan masing-masing.
Ustaz Ahmad Nailan dari Bangi telah dijemput khas untuk menyampaikan seminar pada hari tersebut.

SESUNGGUHNYA, inilah masanya kita menggunakan segala ruang dan peluang untuk memonopoli kembali ekonomi dunia.

.::nilai emas TIDAK akan turun

dan

TIDAK dipengaruhi oleh faktor politik ( seperti WANG KERTAS)::.

Biarpun nilai emas sekarang di pasaran dunia sangat tinggi sekarang hingga mencecah RM 700++ namun jika dilihat hasilnya pada masa akan datang jika ditebus semula, IA sangat berbaloi! jadi, INILah peluang untuk KITA,

mengapa PERSIAKANnya??

KAMI sesekali tidak akan!!

Jadi pihak Bendahari Kehormat sendiri telah memikirkan caranya sendiri untuk menjana kewangan PERKEMAT pada masa akan datang.

Dirham pula yang bernilai RM 30 bagi setiap satu walaupun hanya sebesar syiling 20 sen, mempunyai nilai estetika tersendiri. ADA pelajar yang sudah pun membelinya. Dia sudah nampak hari yang cerah esok dengan dirham itu.

BARANG KALI.

0 comments: