Friday, December 7, 2012

Pilihan Raya Kampus Darul Quran 2012


Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan, Nabi Muhammad Saw…

Tarikh keramat 06 Disember 2012, hari Rabu bersamaan 22 Muharram 1434 H,bertempat di Dewan Muktamar Darul Quran JAKIM, telah menyaksikan satu peristiwa terpenting dan bersejarah bagi seluruh mahasiswa dan mahasiswi, penghuni tanah barakah,bumi tarbiyah ini. Pada pagi hari itu, telah berlangsungnya sesi pembuangan undi bagi Pilihan Raya Kampus Darul Quran yang dikendalikan oleh barisan Penyelaras Pemilihan Calon pada kali ini. Sesi pembuangan undi telah dijalankan selama tiga sesi, yang telah membawa sehingga ke waktu petang.

Proses kiraan undi dan pengumuman rasmi keputusan Pilihan Raya Kampus pada kali ini juga telah diadakan pada hari,tarikh dan tempat yang sama pada sebelah malamnya. Ia dikendalikan oleh semua anggota barisan Penyelaras Pemilihan Calon, yang diketuai oleh Saudara Muhammad Hasnan bin Daud, selaku ketua penyelaras.
*bersambung…




0 comments: