Saturday, June 11, 2011

Malam Pengenalan Silat

28 Mei 2011- Satu Majlis Pengenalan Silat Cekak Pusaja Ustaz Hanafi (PPSCUH)  telah diadakan bertempat di Auditorium Sheikh Mohd Nor, Darul Quran JAKIM. Untuk pengetahuan semua, persatuan seni silat adalah antara organisasi yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ). Antara objektif malam pengenalan ini diadakan adalah untuk memperkenalkan sejarah silat cekak ustaz hanafi di Darul Quran dan seterusnya mempromosi untuk mencari ahli-ahli baru. Majlis ini di adakan khusus buat para pelajar diploma baru sesi 2011/2014. Antara dif-dif terhormat yang hadir adalah En Muhd arif bin Muhd Zin dan En Arif Fikri (wakil pusat Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi),Ustaz Bakri bin Amboala(Penasihat Organisasi Silat),Saudara Zakiy bin Misbari (wakil PERKEMAT DQ).


Majlis itu telah dimulakan pada pukul 9.30 malam dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis. Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan tayangan slide perwakilan organisasi silat. Kemudian majlis diteruskan dengan majlis penerangan yang disampaikan oleh wakil daripada wakil pusat Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi dan demontrasi oleh pelajar banin DQ sendiri. Majlis pada malam itu berakhir pada pukul 11.00 malam selepas penyerahan cenderahati kepada dif-dif terhormat yang hadir.

0 comments: