Friday, June 17, 2011

.:Consolidation Quranic Devisor | CONQUER:.

Consolidation Quranic Devisor (CONQUER) meneruskan langkahnya selepas Sinergy of Ulul Albab (SYABAB) . Dianjurkan oleh Lajnah Pendidikan (DIDIK) pada 3 dan 4 Jun 2011 yang lepas. Walaupun hanya memakan masa hanya selama 2 hari untuk berlangsung, namun pihak programmer sendiri telah berpeluh memerah keringat untuk menjayakannya.


Pendaftaran pada petang jumaat di Auditorium Sheikh Mohd Noor bermula jam 2.30 petang namun sekitar 2 petang sejurus selepas solat jumaat, mereka sudah memenuhi Auditorium. Mereka duduk mengikut usrah. TAKJUBNYA, ada yang semuanya berkot, ada yang semuanya berserban, yang banatnya kelihatan sedondon setema.




SUBHANALLAH,


kelihatannya UKHUWWAH dan WEHDAH itu sedang mengalir laju!




Slot 'Siapa aku' yang memulakan tirai CONQUER pada petang itu, menampilkan kembar YDP PERKEMAT sendiri iaitu, Che Faizal Amir yang juga merupakan bekas pelajar persijilan DQ-UIAM 09/10. Beliau digandingkan bersama saudara Najmudin Rabbani bin Mustafa yang juga menjadi Pengerusi Kelab Fasilitator Darul Quran (KEFDA).




Petang itu, waktu riadhah dimanfaatkan semaksimanya oleh adik-adik ini. Bagi mereka inilah masanya untuk bermain sepuasnya, tetapi nilai-nilai seperti menutup aurat, menjaga mu'amalat turut diselit.




Forum pada malam itu di auditorium banjir dengan huffaz.


Tajuknya 'How to Generate The Superior of Jilul Quran'.




Pengerusi Majlis pada malam itu begitu pandai memecah suasana, ditambah dengan ahli panel yang penuh ilmu di dada mencurah makna. Ahli panel terdiri daripada Ustaz shamsul Hakim yang juga mantan YDP PERKEMAT 00/01 dan Ustaz Sukri b Zaki yang juga pelajar persijilan DQ-UIAM 04/05.




Keesokannya, mereka diberi kefahaman mengenai hukum fiqh yang berkaitan dengan huffaz dalam ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Wan Ji. Sudah pasti segala ilmu dicurah kepada mereka yang ingin menerima.




Selepas itu, mereka terlibat dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang meminta mereka memikir solusi bagi menangani onak dan duri di pertengahan perjalanan untuk menjadi huffaz kelak.




Diskusi dan perkongsian untuk kaedah menghafal dan i'adah al-Quran bersama dengan mantan Exco Tadbir dan Perhubungan Luar ( TADBIR) 06/07 Ustaz Muaz diteruskan pada petang itu. Sedikit sebanyak dapat memberi jalan kepada mereka untuk menempuh hari-hari seterusnya.




Majlis penutup diadakan pada malam itu di Dewan Muktamar. Banyak manfaat yang diperoleh dalam ucapan Penutup yang panjang yang disampaikan oleh Ustaz Mat Lazim, KPP HEP.




Malam itu, turut diadakan pelancaran buku i'adah huffaz.


tayangan video program yang mencuit hati'.


penyampaian hadiah bagi :


-setiap usrah


-kelas tasmik terbaik


-partner kelas ia'dah terbaik.




++semuanya untuk MENGHARGAI mereka++




SYABAB memulakan, CONQUER meneruskan, kita tunggu apakah yang bakal menyusul kemudian.

0 comments: