Thursday, August 26, 2010

Bermulanya Sebuah Persahabatan...

BERMULANYA EPISOD SEBUAH PERSAHABATAN

Benarlah kata orang tua-tua..Tak kenal maka tak cinta..

Tanggal 21 Ogos 2010 menjadi tarikh keramat buat barisan kepemimpinan PERKEMAT apabila kami sekali lagi dikunjungi oleh sahabat-sahabat dari Universiti Teknologi Petronas (UTP ). Kunjungan bermakna ini dimanfaatkan sepenuhnya dengan pelbagai agenda –agenda menarik yang telah dirancangkan. Kunjungan singkat ini ternyata membuahkan satu perkongsian yang pastinya berguna untuk kedua-dua oihak di antara PERKEMAT dan pihak UTP.

Rombongan UTP yang tiba di perkarangan Darul Quran tepat jam 6.15 petang disambut dengan penuh mahabbah oleh exco-exco PERKEMAT . Dengan kekuatan anggota seramai 45 orang,mereka kemudiannya dibawa memasuki auditorium untuk sesi pengenalan antara kedua-dua pihak. Adab menerima tetamu,wakil PERKEMAT iaitu saudara Muhammad Fakhrur Ridzwan merangkap Yang Dipertua memulakan ucapan alu-aluan kepada sahabat-sahabat dari UTP diselangi ucapan dari wakil UTP beberapa minit kemudiannya. Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi dialog di antara kedua-dua pihak melibatkan perkongsian dari segi perjalanan persatuan, beberapa masalah mahasiswa kini dan beberapa perkongsian isu-isu semasa.

Perkongsian pendapat dari kedua-dua pihak akhirnya mencetuskan beberapa idea-idea bernas untuk sama-sama diimplementasikan dalam gerak kerja persatuan antara kedua-dua wakil kampus. Pastinya bagi pihak PERKEMAT,kami amat berbesar hati terhadap kunjungan yang singkat tetapi penuh bermakna ini.

Masa yang tidak mengizinkan menuntut kami untuk menamatkan sesi dialog lebih awal. Azan mula berkumandang memenuhi ruang udara Darul Quran menandakan waktu berbuka puasa memanggil kami untuk terus bergerak ke dewan baru untuk menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan. Seusai solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah di masjid Darul Quran serta tazkirah terawih yang diadakan, kami kembali semula ke Auditorium untuk slot ‘ SalamTerakhir ’. Ucapan wida’ tanda perpisahan dari YDP PERKEMAT dan wakil UTP mengakhiri kunjunagn singkat kali ini. Sebagai tanda ingatan bersama,satu sesi fotografi diadakan sebagai kenang-kenangan.

SALAM RAMADHAN DIUCAPKAN UNTUK SAHABAT-SAHABAT UTP..

SALAM PERJUANGAN DSALAM ARENA KECEMERLANGAN

*BARISAN KEPEMIMPINAN PERKEMAT _0910*

-MEMACU PERUBAHAN-

0 comments: