Visi
Membentuk generasi Huffaz yang mampu merealisasikan intipati al-Quran dan as-Sunnah dalam segenap aspek kehidupan.
Misi
Memperkasa kebajikan dan kesatuan Huffaz dari segenap aspek sesuai dengan keperluan semasa berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.
Objektif
- Menjana proses pentarbiyahan yang munazzomah dan istiqamah melalui kefahaman dan pembudayaan serta pemerkasaan biah solehah ke arah pembentukan generasi al-Quran yang unik.
- Menjana peningkatan kualiti hafazan dan prestasi akademik serta penghayatan ilmu para huffaz di samping melahirkan Huffaz yang berketerampilan dan professional.
- Melahirkan Huffaz yang mampu mentadbir diri dan amanah serta mampu mendepani masyarakat global.
- Melahirkan generasi Huffaz intelektual dalam penguasaan teknologi maklumat dan informasi global seiring dengan memperkasa biah solehah di Darul Quran melalui sistem tarbiyyah Islamiyyah yang sistematik.
- Menyediakan barangan yang berkualiti lagi halal untuk memenuhi keperluan dan citarasa pelajar.
- Membudayakan al-Quran dan as-Sunnah sebagai pencetus sinergi kesatuan Huffaz bagi membentuk jasmani dan rohani Huffaz yang mantap.
- Memberi dan melaksanakan hal-hal yang berbentuk kebajikan kepda siswa/siswi dari sudut rohani dan jasmani.
Matlamat
- Ke arah melahirkan insan rabbani yang taat dan patuh kepada Allah dan Rasul.
- Berusaha meningkatkan prestasi hafazan al-Quran setiap ahli bagi menjamin keberkesanan kualiti hafazan al-Quran.
- Bersama meningkatkan ilmu pengetahuan dan pencapaian akademik ahli seiring dengan wawasan Negara agar dapat mempelopori setiap bidang ilmu.
- Bersama menyemai dan menyuburkan ukhuwwah, mahabbah serta mawaddah sesama ahli, pensyarah, dan kakitangan Darul Quran bagi mewujudkan biah solehah.
- Bertindak sebagai saluran bagi ahli menyuarakan permasalahan, pandangan, dan kritikan samada berhubung kait dengan pihak pentadbiran kampus, pihak berkuasa, atau badan-badan lain.
- Merancang dan melaksanakan aktiviti selari dengan al-Quran dan as-Sunnah.
- Berusaha mengadakan kerjasama dan komunikasi dengan mana-mana pertubuhan samada di dalam atau di luar negara demi manfaat bersama.
- Memupuk dan menjalankan dakwah Islamiyyah di kalangan ahli khususnya serta masyarakat amnya dengan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.
- Berusaha memberi sumbangan ke arah perkembangan pemikiran dan tindakan masyarakat dalam segenap aspek kehidupan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.
- Menyemai dan menyuburkan harga diri Huffaz yang bakal memimpin masyarakat berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah di samping mempunyai ciri-ciri akhlak terpuji apabila keluar berhadapan dengan masyarakat kelak.
- Membeli, memajak, menyewa, dan memiliki hartanah untuk kegunaan Persatuan selaras dengan tujuannya.
- Mewakili suara mahasiswa Darul Quran.
Gagasan
Bersama Menerajui Perubahan
0 comments:
Post a Comment