ALHAMDULILLAH..mungkin inilah program terakhir di bawah pimpinan PERKEMAT10/11
Baru-baru ini Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ) melalui Lajnah Dakwah dan Tarbiyyah (LADAR) dengan kerjasama Hal Ehwal Pelajar Darul Quran telah menganjurkan satu program yang diberi nama CALIPH:Catalyst Beyond Pioneer of Heyday. Program ini mensasarkan peserta dari kalangan pelajar Diploma Semester 2. Program ini berjalan selama tiga hari bermula pada hari Jumaat 11 November hingga Ahad 13 November di Kompleks Darul Quran. Program yang dirangka berfokus kepada usrah yang dijalankan di DQ mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan peserta. Program ini bertemakan “Towards Syabab Conquer The World:We Can’t Rest Until We Progress”.
Program bermula dengan pendaftaran peserta bertempat di Auditorium Sheikh Mohd Nor tepat jam 3.15 petang. Perasmian pembukaan bermula dengan ucapan Pengerusi Majlis Nuqaba’, Saudara Ahmad Fahmi Bin Mokhtar, disusuli pula dengan ucapan Murabbi Majlis Nuqaba’, Ust Muhammad Firdaus Bin Rosli, kemudian ucapan perasmian oleh Ust Mat Lazim bin Hassan selaku Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar.Setelah selesai majlis perasmian yang telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Kokurikulum, satu taklimat program yang disampaikan oleh Penyelaras Program, serta taklimat warta disiplin dari unit DNI. Selesai taklimat program, para peserta menunaikan solat asar di masjid. Pada sebelah petang, slot riadhah bermodul bermula pada jam 5.30 petang bertempat di padang asrama bagi banat dan padang asrama bersebelahan blok B bagi banin. Unit Modul dan Keselamatan telah menetapkan beberapa modul yang menarik. Untuk peserta banin, aktiviti yang telah disusun adalah perlawanan bola sepak dan aktiviti-aktiviti bermodul yang menguji minda. Bagi peserta banat, unit riadhah telah merangka satu modul khas untuk banat.
Program diteruskan pada malam itu dengan sesi forum”wacana ilmu” pertama selepas solat isyak yang bertajuk “Kemenangan Abadi:Hasil Fardi atau Jamaei” bertempat di Auditorium Sheikh Mohd Nor. Forum dikendalikan oleh Saudara Ahmad Dasuki bin Mohd Tahir, Timbalan EXCO Lajnah Hal Ehwal Siswa (HEWA) PERKEMAT 10/11 selaku moderator dan menampilkan ahli-ahli panel yang cukup mantap iaitu Ust Muhammad Fadhil bin Hasanuddin, Mantan Timbalan Yang Dipertua PERKEMAT sesi 06/07 dan Saudari Nazirah Nur Mukmin binti Abu Bakar, Pengerusi SIGMA Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) .
Hari kedua program dimulakan dengan qiamullail secara berjemaah peserta dan koordinator program pada pukul 5.00 pagi bertempat di masjid Darul Quran dan seterusnya sembahyang fardu Subuh secara berjamaah Selepas itu, kuliah Subuh bertajuk “Fiqh Awlawiyat:Antara Al-Quran dan Persatuan” yang disampaikan oleh Ustaz Wan Muhammad Nor b Wan Ali, pensyarah jemputan Darul Quran. Kuliah subuh yang bertempat di Auditorium Sheikh Mohd Nor membicarakan tentang keutamaan seseorang dalam membuat keputusan apabila bertembungnya dua perkara. Program diteruskan dengan SPEAK pada sebelah pagi. SPEAK ini adalah rentetan daripada forum yang bertajuk “Kemenangan Abadi:Hasil Fardi atau Jamaei” yang berkisar tentang kaedah-kaedah dalam berdakwah. Peserta diberikan satu tajuk yang berkaitan dengan dakwah dan mereka diminta untuk megeluarkan hujah-hujah atau idea mengenai frasa yang diberikan.Pada pukul 11.15,kuliah lapangan bertajuk “Comfort Zone,Dilema Mahasiswa” yang disampaikan oleh Saudara Ahmad Syazwan bin Hassan, Presiden Gabungan Mahasisiwa Islam Semalaysia yang berkisar tentang cabaran yang dihadapi oleh mahasiswa di alam kampus .Selepas solat Zuhur,diadakan pula slot untuk mencungkil bakat kepemimpinan peserta yang diberi nama “SKEMA”.Slot ini bertujuan melatih peserta supaya berani dan yakin apabila bercakap di khalayak ramai. Pada sebelah petang, slot riadhah bermodul bermula pada jam 5.30 petang yang diadakan di padang asrama banin dan banat. Pada sebelah malam, program diteruskan lagi dengan pengisian berbentuk ceramah yang disampaikan oleh Ust Muhadir bin Hj Joll yang bertajuk “Lau Kaana Bainana” yang berkisar tentang akhlak nabi yang patut kita contohi. Kemuncak malam yang terakhir program diteruskan lagi dengan sesi muhasabah yang dikendalikan oleh Pengerusi Majlis Nuqaba’, Saudara Ahmad Fahmi bin Mokhtar. Muhasabah ini dikhususkan untuk ahli usrah semester dua NUQLIUZ.
Hari yang ketiga ataupun hari kemuncak program bermula dengan qiamullail secara berjamaah peserta dan koordinator program pada pukul 5.00 pagi bertempat di masjid Darul Quran dan seterusnya sembahyang fardu Subuh secara berjamaah. Pada pukul 9.30 pagi,ceramah terakhir yang disampaikan oleh Ust Muhd Zamry Bin Muhd Syapik yang bertajuk “Kerana Itu Mereka Digelar Khalifah”.Slot ini menceritakan tentang tanggungjawab seorang muslim yang diciptakan oleh Allah s.wt sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Pada pukul 12.00 tengah hari,berlangsungnya majlis perasmian penutup program CALIPH yang disampaikan oleh Ust Shuhaida binti Che Shamsuddin. Majlis ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada peserta banin dan banat.Majlis bersurai pada pukul 2.45 petang.
++moga SEMANGAT jihad ini terus mekar dalam jalan DAKWAH .insyaALLAH++
0 comments:
Post a Comment