Saturday, August 6, 2011

SUKFAZ I semangat sukan bernafas

Setinggi kesyukuran kami rafa’kan kehadrat illahi kerana dengan izinNya dapatlah kami menjayakan program yang diminati, ditunggu-tunggu dan dinanti-nantikan oleh setiap siswa dan siswi Darul Quran iaitu Kejohanan Sukan Huffaz (SUKFAZ) kali ke-5 2011. Program ini telah pun berlangsung pada hari Ahad bersamaan 3 Julai 2011 dan kemuncaknya pada hari Sabtu, 9 Julai 2011 di Kompleks Darul Quran. Walaupun siswa dan siswi Darul Quran sibuk dengan sesi kuliah di sebelah pagi, namun mereka masih bertenaga untuk merancakkan lagi Kejohanan SUKFAZ pada sebelah petang.

Program yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Maahad Tahfiz ( PERKEMAT ) Darul Quran melalui Lajnah Riadah dan Rekreasi ini bertujuan untuk melahirkan para huffaz yang berkebolehan dan cemerlang dari segi fizikal dan mental sepertimana kata-kata hukama’ arab " العقل السليم في الجسم السليم "

Jika pada SUKFAZ yang lepas perasmian pembukaan SUKFAZ diadakan berasingan antara siswa dan siswi, pada SUKFAZ kali ini perasmian pembukaan diadakan sekali yang bertempat di masjid Darul Quran pada 2 Julai 2011 selepas solat maghrib berjemaah. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Ustaz Muhammad Firdaus Bin Rosli iaitu Penolong Pengarah Pusat Islam Darul Quran.

Lazimnya, semua siswa dan siswi masing-masing dibahagikan kepada beberapa rumah sukan. Antaranya ialah merah, kuning, hitam, biru, dan hijau. Bagi mahasiswa Darul Quran, pelbagai acara yang menguji ketahanan fizikal dijalankan seperti bola sepak, sepak takraw, badminton, ping pong, bola tampar, futsal, sukaneka dan juga kayak. Manakala acara bagi mahasiswi Darul Quran pula ialah persembahan pelajar, sukaneka, bola tampar, bola jaring, badminton, ping pong, catur, dam, congkak dan roda impian di mana acara-acara siswi ini banyak menggunakan ketahanan mental berbeza dengan mahasiswa.

Seterusnya,pada 3 Julai 2011 bertempat di dewan Muktamar telah berlangsung acara persembahan pelajar mewakili rumah sukan masing-masing.Antara acara yang dipertandingkan ialah koir, boria, choral speaking dan dikir barat.Melalui persembahan ini kita dapat mengcungkil bakat-bakat siswi Darul Quran yang sememangnya tidak diduga sama sekali hebatnya dengan siswa sebenarnya.Majlis persembahan ini telah disempurnakan oleh Penolong Pegawai Belia dan Sukan,Puan Siti Zubaidah Bt Abas merangkap hakim persembahan bersama Timbalan Setiausaha Agong PERKEMAT,saudari Sa’adah Bt Zainal.Acara persembahan ini dimeriahkan lagi dengan kebijaksanaan Noor Syafinaz Bt Syafrizal selaku pengerusi majlis yang berjaya memikat hati penonton.Setelah usainya persembahan pelajar,tirai SUKFAZ 11 diteruskan dengan acara ping pong dan badminton di dewan Muktamar dan bola tampar di gelanggang bola tampar.

Menariknya, Sukan Huffaz kali ke-5 ini telah memberikan satu kelainan dari segi pelaksanaannya, di mana pihak penganjur berjaya mewujudkan suasana yang lebih meriah dan melahirkan semangat kesukanan yang tinggi dalam setiap diri peserta walaupun secara hakikatnya masa yang diberikan untuk mengatur perjalanan program ini hanyalah seminggu untuk dilaksanakan.

Sekadar memetik kata-kata Bendahari Kehormat PERKEMAT DQ, Saudari Ahmad Naemmuddeen bin Adnan kalau kita nak tahu siapa kawan kita, pergilah SUKFAZ. Mari renung-renungkan!

1 comments:

salam sukfaz11!!
macam boleh agak je sape yg buat laporan ni..ye jihah?sdr.hafizi?=)
bagus2!!su n suk yg komit!ana like!!
tp, mcm xbrape complete ja..mane kata2 olahragawan n olahrawati ni..? =)