Wednesday, August 11, 2010

"Jom Bergandingan ke Syurga"

“Jom Bergandingan Ke Syurga”. Inilah tema yang dipilih khusus untuk Kempen Biah Solehah 2010 yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT) 09/10 buat julung kalinya baru-baru ini. Kempen yang bermatlamatkan ‘biah solehah bukan memenjarakan usia muda’ ini berlangsung selama seminggu bermula dari 9 Julai hingga 16 Julai 2010. Namun, tempoh seminggu yang diperuntukkan bukanlah menjadi kayu ukur tahap keberkesanannya kerana keberlangsungan biah solehah yang terbina di bumi barakah ini bertitik tolak dari tarikh ini.

Antara objektif yang disasarkan bagi kempen kali ini adalah untuk menghidup dan membudayakan biah solehah di Darul Quran seperti solat berjemaah,menghidupkan usrah,memelihara ikhtilat ,mendidik huffaz agar mematuhi guru dan undang-undang DQ serta membuktikan bahawa biah solehah bukan penghalang bagi aktiviti berbentuk keremajaan .

Penggerak utama bagi kempen ini terdiri majlis tertinggi Lajnah Dakwah Dan Tarbiah (LADAR)Lajnah Hal Ehwal Siswi /Siswa (HEWA & HEWI) dan Lajnah Riadah & Rekreasi (LARIDASI). Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan seperti ceramah ,edaran risalah & fliers mengikut semester bagi seluruh warga DQ, penampalan poster-poster biah solehah, liga futsal usrah (Piala Pengarah Dq) serta perlawanan bola jaring mengikut semester.


Penyampaian hadiah bagi pertandingan futsal & bola jaring telah disempurnakan oleh Ustaz Ibrahim pada Malam Kemuncak Biah Solehah 2010. Pemenang dpilih berdasarkan kriteria-kriteria khusus seperti menjaga adab ketika bersukan, menutup aurat dan sebagainya. Besarlah harapan kami agar kempen ini menjadi pencetus kepada keberlangsungan biah solehah agar keizzahan bumi barakah di Darul Quran ini terus terpelihara.

0 comments: