Sunday, February 16, 2014

Salam Imtihan Warga Darul Quran !

Dupp Dapp Dupp Dapp . Kedengaran disana sini bunyi degupan jantung pelajar - pelajar Darul Quran semester 2 dan semester 4 . Sedar mahu pun tidak , satu sem akan berlalu tidak lama sahaja lagi dan sudah tentu peperiksaan dihujung semester akan berlangsung sebelum para pelajar menikmati cuti semester kira-kira dua bulan lamanya yang akan bermula pada 7 Mac 2014 , i'Allah .

Peperiksaan akan dimulai dengan Tahriri Alquran pada 24 Februari 2014 dan sudah tentunya ini merupakan satu perubahan yang telah dilaksankan oleh pihak Darul Quran sendiri . Jika ikut kebiasaan , para pelajar akan menghadapi peperiksaan syafawi Al-Quran terlebih dahulu . Mungkin ini adalah langkah awal pihak Darul Quran ke arah memartabatkan pelajar Darul Quran sendiri !

Ucapan khas dari kami , barisan kepimpinan PERKEMAT 13/14 , berusahalah sehabis daya dan yakinlah bahawa setiap titik peluh yang terhasil pasti ada ganjarannya disisi ALLAH ! Isilah saat-saat terakhir sebelum menjelang peperiksaan ini dengan perkara-perkara yang berfaedah . Tingkatkan iman dan amalan dan kuatkan kebergantungan diri dengan ALLAH ! Siapa pun mumtahin kita untuk peperiksaan syafawi Al-Quran nanti adalah sebagai tanda kasih sayang ALLAH pada kita . Andai kejayaan itu benar untuk kita , moga-moga kita jadi hamba-Nya yang bersyukur dan andainya kegagalan yang kita perolehi , moga-moga kita menjadi hamba-Nya yang redha dan tetap tidak akan berputus asa !

BERUSAHALAH !




0 comments: