Sunday, June 17, 2012

Kata-kata YDP sempena semester baru


                        Ydp PERKEMAT (tengah dan berjubah) sedang menyanyikan lagu tema 
                                                  bersama pelajar semester baru



Bismilahirrahmanirrahim.
 Asssalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita sama-sama meneruskan kehidupan sebagai hambanya. Dengan rahmatnya juga kita masih dapat belajar di bumi Darul Quran yang barakah ini.
   Pertama-tamanya saya ingin mengucapkan tahniah kepada para siswa dan siswi yang mendapat Anugerah Pengarah kerana mendapat keputusan yang cemerlang pada sem yang lepas. Kepada para siswa dan siswi yang kurang berjaya, jangan berputus asa, jadikan hari ini sebagai satu titik permulaan yang baru untuk sama-sama kita mencorak kecemerlangan. Tahniah juga kepada siswa dan siswi semester 1 yang telah terpilih untuk memasuki Darul Quran.
     Selain itu, saya berharap kita dapat sama-sama untuk meningkatkan usaha kita supaya keputusan Al Quran dan akademik kita lebih baik. Saya juga berharap bilangan siswa dan siswi yang mengambil dursani (ulangan) akan berkurang pada sem hadapan.
     Selain itu, para pelajar juga harus menjaga akhlak dan ibadat. Kita sangat berharap supaya Darul Quran dapat melahirkan huffaz yang seimbang IQ, EQ dan SQ.
Sekian.

0 comments: