Thursday, August 12, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...


Ramadhan Kareem..

Bersempena dengan bulan Ramadhan kali ini, PERKEMAT 09/10 melalui Lajnah Dakwah dan Tarbiyah (LADAR) telah mengadakan Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadhan 1431H pada hari Rabu , 4 Ogos 2010 bersamaan 23 Sya’ban 1431H. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ustaz Dasuki bin Hashim. Kerjasama yang mantap yang diberikan oleh Hal Ehwal Pelajar sendiri, pelbagai pengisian menarik akan dilaksanakan . Antaranya ialah iftor jamai’, tadarus al-Quran dan solat fardhu secara berjemaah. Di samping itu, memandangkan imtihan akan menjelang tidak lama lagi, Lajnah Pendidikan turut sama berganding bahu melancarkan Kempen Iadah yang melibatkan semua warga Darul Quran . Bertemakan ‘Ku Mengharapkan Ramadhan Kali Ini Penuh Makna’, marilah kita sama-sama memanfaatkan Ramadhan kali ini dengan meningkatkan lagi tahap mutu dan kualiti amal ibadat kita kepada ALLAH SWT, mudah-mudahan segala amal ibadat kita diterima mengikut piawaian ALLAH SWT .Tepuk dada tanya iman.Akhirnya marilah kita sama-sama menghayati kata-kata Ibnu Mas’ud ra :

“Perkara yang paling sedih tibanya tahun baru adalah umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah .” Sesungguhnya, satu saat yang berlalu mendekatkan kita dengan KEMATIAN.

Salam Ramadhan.

0 comments: