Wednesday, April 15, 2009

Lawatan DQ Ke Musabaqah Al-Quran di Kelantan

Pada 5 April 2009, pihak Darul Quran melalui PERKEMAT DQ telah menghantar satu rombongan pelajar DQ berjumlah 24 orang ke Musabaqah Al-Quran Peringkat Kebagsaan. Rombongan tersebut terdiri daripada 12 orang muslimin dan 12 orang muslimat termasuk seorang ustazah pengiring, Ustazah Zubaidah. Rombangan tersebut diketuai oleh Akh Ahmad Qutaibah selaku YDP PERKEMAT.
Rombongan tersebut berada di sana bermula 5 April sehingga 10 April 2009.
Musabaqah kali ini adalah julung-julung kalinya diadakan di Negeri Kelantan. Semua agenda Musabaqah diadakan di Balai Islam, Negeri Kelantan, Lundang. Musabaqah ini kali ini mempertandingka beberapa kategori iaitu 1-5 juzu', 1-15 juzu' dan 1-30 juzu' bagi muslimin dan muslimat.
Antara aktiviti dan agenda Musabaqah Al-Quran :
06 April 2009
- Majlis Perasmian Musabaqah ialah :
  • Bacaan Al-Quran oleh anak Speaker Dewan Negeri Kelantan
  • Perasmian pembukaan oleh Yang Berhormat Dato' Nik Aziz bin Nik Mat (digantikan oleh YB Nik Amar)
  • Ucapan oleh Ketua Pengarah JAKIM
  • Persembahan nasyid oleh kumpulan AreBuddy dan In-Team

07 - 10 April 2009

  • Pertandingan Musabaqah Al-Quran peringkat Kebangsaan bermula sehingga pagi 10 April 2009
  • Musabaqah bermula pukul 8.00-11.00 pagi dan malam pada pukul 8.45-11.30 malam.

10 April 2009

  • Majlis Perasmian Penutup dan Pemberian Hadiah yang akan disampaikan oleh Sultan Kelantan.

Rombongan DQ pulang pada 10 April pagi dan mereka tidak sempat melihat keputusan dan majlis perasmian penutup. Wallahu A'lam.



Sekitar pemandangan Musabaqah Al-Quran

KP JAKIM sedang berucap pada malam perasmian pembukaan.



Pemandangan di dalam Dewan Utama Balai Islam












Pameran sewaktu Musabaqah (baju dan perisai bertulis ayat Al-Quran)


Adik Muhamad bin Zahid sedang memperdengarkan bacaan



Pameran JAKIM





















Ahli rombongan bergambar di Klinik Al-Quran DQ


Ustaz Ibrahim sedang memperbetulkan bacaan pesakit Al-Quran.



Ustaz Hafiz ditemu bual oleh wakil PERKEMAT. (Exco Ladar dan Exco Tadbir)


Ustaz Nasrul Hadi mendengar bacaan para pelajar Maahad Tahfiz Sains.



MTQN Panji...Kenangan ahli rombongan

Ulang-alik bawa kami ke Balai Islam.....

Tuesday, April 7, 2009

INTER FAMILY GAMES PERSIJILAN 09/10


Program Inter Family Sport Persijilan (INTERFAME DQ-UIAM) merupakan program yang saban tahun dijalankan oleh pihak Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ) dengan kerjasama bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Darul Quran, JAKIM. Program Inter Family sport ini melibatkan pelajar-pelajar yang baru menjejakkan kaki di bumi barakah Darul Quran.

Alhamdulillah, program ini berjalan lancar bermula hari pertama iaitu 3 April 2009 bersamaan 7 Jamadilakhir 1430H(Jumaat) sehinggalah 5 April 2009 bersamaan 9 Jamadilakhir 1430H(Ahad).Dengan komitmen dan kerjasama yang jitu dari semua pihak, program Inter Family Sport Persijilan pada kali ini telah berjaya dilangsungkan dengan penglibatan daripada peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar Persijilan DQ/UIAM 09/10 seramai 147 orang. Manakala fasilitator-fasilitator yang dilantik pula adalah terdiri daripada pelajar Persijilan IQRAC Sem 3 banin dan banat.

Perasmian pembukaan telah diadakan selepas solat Jumaat pada hari pertama di Auditorium Sheikh Mohd Nor pada 3 April 2009. Majlis bermula dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah program dan disusuli dengan ucapan perasmian oleh Ustaz Abdul Kodir bin Sallah Timbalan Pengarah ( Pendaftar )


Alhamdulillah, segala tentatif program yang telah disusun berjalan dengan lancar. Antara atucara yang penting seperti kuliah telah berjalan dengan baik. Program ini dimuatkan dengan 4 kali ceramah atau kuliah, yang mana telah disampaikan oleh penceramah-penceramah yang hebat dan berpengalaman seperti Ustaz Dzulkhairi bin Mohd Noor, pelajar Universiti Malaya ( UM ), Ustaz Firdaus bin Kadir merupakan bekas pelajar Darul Quran, Ustaz Zulfiqar dari Universiti Perguruan Sultan Idris ( UPSI ). Ceramah-ceramah ini memberi pemahaman tentang dakwah dan kepentingan untuk golongan professional.




Di dalam program (INTERFAME) kali ini juga dimuatkan slot-slot riadah yang boleh memupuk ikatan persahabatan(ukhuwwah) dikalangan peserta disamping sebagai senaman untuk peserta. Peserta program (INTERFAME) kali ini juga dibawa ke Taman Millenium, Kuala Kubu Bharu, Selangor, bagi menjalankan sukan lasak. Di sana, peserta disediakan dengan pelbaga modul-modul menarik.Riadhah merupakan salah satu objektif bagi program ini. Semua Peserta berasa puas hati dan gembira dengan modul-modul riadhah yang disediakan, mereka rasakan ikatan persahabatan mereka semakin ampuh dan menebal di kalangan mereka.








Secara keseluruhannya program ini adalah bertujuan untuk merapatkan ukhwah para peserta disamping memupuk sifat saling hormat menghormati sesama warga Darul Quran juga melahirkan para Da’ie yang mampu mencorak ummah pada masa akan datang baik dari segi thaqafah, fizikal, mental dan juga spiritual. Seterusya menjadi titik bidayah untuk memantapkan lagi ukhuwwah dalam mencapai Wahdatul Fikr, Wahdatul Qalb dan Wahdatul Amal.Meskipun terdapat beberapa masalah dari segi teknikal namun dengan komitmen dan sikap proaktif daripada semua yang terlibat, masalah tersebut berjaya diatasi dengan tenang dan terkawal. Jutaan terima kasih diucapkan. Semoga dengan usaha sebegini, Allah ‘Azzawajalla akan melimpahkan rahmat dan memayungi kita semua dibawah naungan rahmat dan kasih sayang-Nya.

BARAKALLAHUFEEKUM.