Thursday, January 29, 2009
PELANCARAN NAQIB/AH PERSIJILAN 09/10
Wednesday, January 21, 2009
CIRI-CIRI NAQIB CEMERLANG
Dikasihi agak mudah. Jika naqib berlembut dan memaafkan kelemahan adik-adik usrah, maka ia akan dikasihi. Tetapi untuk dihormati dan disegani, agak payah. Jika ada ahli usrah melakukan kesilapan seperti tidak berdisiplin dalam bab masa, maka naqib yang dikasihi akan memaafkan. Tetapi naqib yang disegani akan menegur dan memberi nasihat dengan berhikmah.
Seorang naqib yang cemerlang ialah:
1) Berilmu dan bijaksana. Ilmu tanpa bijaksana adalah tempang. Bijaksana tanpa ilmu adalah buta.
2) Menjaga disiplin seperti masa.
3) Mempunyai imej yang kemas.
4) Pendengar yang setia dan apabila bercakap, ia memberikan kekuatan.
5) Efektif dan efiien, malah lebih baik iaitu menjadi sumber inspirasi.
6) Mengambil berat dan prihatin.
7) Sanggup berkorban dan meletakkan kepentingan adik usrah mendahului dirinya.
Secara praktikalnya, berikut adalah karakter naqib idaman
1) Membalas SMS ahli malah sentiasa mengirimkan SMS kepada mereka
2) Suka belanja ahli
3) Memberikan hadiah kepada ahli usrah
4) Melawat bilik atau rumah ahli usrah
5) Mendahului dalam bab memberi salam
6) Apabila bersalam, ia memegang bahu ahli usrah
7) Menyatakan rasa sayang dan kasihnya kepada ahli kerana Allah melalui SMS atau secara berhadapan
Naqib mesti mempersiapkan diri mereka dengan beberapa skill dan persediaan
1) Naqib mesti rajin membaca buku. Sekurang-kurangnya naqib membaca 200 m/s seminggu
2) Naqib mesti memperlajari ilmu psikologi
3) Membeli planner harian untuk menyusun jadual kehidupan dengan lebih baik
4) Rajin berdiskusi dengan orang yang lebih berilmu untuk meningkatkan kapasiti intelektual
5) Belajar cara naqib lain mengadakan dan mengendalikan usrah
Naqib yang merendah diri akan sentiasa dibantu oleh Allah. Manakala naqib yang sombong dan merasakan dirinya sudah cukup tidak akan ke mana-mana. Maka, sebagai naqib hendaklah kita sentiasa berasakan diri kita belum sempurna dan sentiasa memerlukan bantuan dan kekuatan daripada yang lain agar kita sentiasa bergerak laju ke hadapan.

Rujukan : www.dzulkhairi.blogspot.com
Thursday, January 15, 2009
Renungan bersama
14 juta orang Yahudi di muka bumi- 7 juta di US, 5 juta di Asia, 2 juta di Eropah, 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100)
Siapa antara manusia Yahudi ini?
Nabi Isa AS beragama Yahudi (asal).
Tetapi di kalangan Yahudi yang 'murtad' dan menyembah sekularisme ramai. Mereka jugalah Yahudi zionis yang membuang agama dari kehidupan serta memegang kepercayaan 'matlamat menghalalkan cara.' Antaranya
Tokoh Sains dan Falsafah
Albert Einstein, saintis. Sigmund Freud, tokoh psikoanalisis, Karl Marx, Paul Samuelson, Milton Friedman.Benjamin Rubin(pengasas suntikan pelalian), Johas Salk (vaksin polio), Getrude Elion (ubat lawan leukimia), Baruch Blumbergh (vaksin Hepatitis B), Paul Ehrlich (ubat untuk siflis), Elie Metchnikoff (Hadiah Nobel penyakit berjangkit), Bernard Katz(Hadiah Nobel transmisi neuromuskular) , Andrew Schally (Hadiah Nobel sistem endokrin dan kencing manis), Aaron Beck (Rawatan mental dan terapi kognitif), Gregory Pincus (pencipta pil perancang keluarga), George Wald (Hadiah Nobel kajian mata manusia), Standley Cohen (Hadiah Nobel embriologi), Willem Kolff (mencipta mesin dialisis buah pinggang).
Sejak 105 tahun, orang Yahudi telah memenangi 90 kali Hadiah Nobel dan 3 kali oleh orang Islam.
Tokoh Perniagaan
Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbucks's) , Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Komputer), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin&Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).
Pemimpin-peminpin dunia
Richard Levin (Presiden Univ Yale University), Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright( Bekas SU negara AS), Alan Greenspan (pembantu Presiden AS di zaman Reagan, Bush, Clinton dan G Bush), Maxim Litvinov (Bekas menteri luar Soviet Union), David Marshal (Bekas Ketua menteri pertama Singapura), Isaac Isaacs (Bekas Gabenor Jeneral Australia0, Benjamin Disraeli (Penulis Britain), Michael Howard ( Bekas SU AS), Jorge Sampaio (Bekas Presiden Portugal), Robert Rubin (Bekas SU Perbendaharaan US).
Media
Wolf Blitzer (CNN), Barbara Walters (ABC News), Eugene Meyer (Washington Post), Henry Grunwald (Ketua editor Time), Katherine Graham (Penerbit The Washington Post), Joseph Lalyyeld (Editor Eksekutif The New York Times), dan Max Frankel (The New York Times).
Hartawan
George Soros (penyangak mata wang)- menderma AS 4bilion dolar membantu ahli sains dan universiti serata dunia. Walter Anneberg- menderma 2 bilion dolar AS membina ratusan perpustakaan.
Sukan
Mark Spitz- meraih 7 pingat emas di Olimpik, Lenny Krayzelburg- 3 kali pingat emas Olimpik. Boris Becker dan Spitz Krayzelburg adalah Yahudi.
Hiburan
Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis, Peter Falk.
FAKTA LAIN.
Di Washington, terdapat pertubuhan lobi Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi 'membuat apa saja' demi
William James Sidis dikatakan menusia tercerdik (IQ 250-300) adalah Yahudi.
Mengapa umat Islam kini lemah?
Umat Islam dianggarkan 1 bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah, dan enam juta di Amerika. Setiap
57 negara anggota OIC dicampur semua, mempunyai 500 buah universiti atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam. AS mempunyai 5758 universiti,
Tahap celik umur di negara maju ialah hampir 90 peratus dengan 15 negara mempunyai 100 peratus celik umur. Manakala negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mencapai 100 peratus celik huruf.
Negara majoriti umat Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap perjuta penduduk. Di AS, 4000 persejuta, Jepun 5000 persejuta. Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan sebaliknya di negara maju, membelanjakan 5 peratus KDNKnya.
Di Pakistan, hanya ada 23 buah akhbar harian per 1000 rakyatPakistan sementara nisbah di Singapura ialah tiga ratus enam puluh. Di UK, jumlah judul buku perjuta orang ialah 2000 sementara di Mesir ialah 20.
Jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah bawah AS$2 Trilion. Amerika sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 TRilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion, dan Jerman AS$2.4 trilion.
Negara pengeluar minyak, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$500 bilion, berbanding Sepanyol AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.
Kesimpulannya,
Umat Islam perlu gigih berusaha. Sesiapa yang dirinya adalah Muslim perlu menonjolkan potensi dan kekayaan dirinya demi mempamerkan kemegahan bagi Islam. Zaman ini, manusia menilai kekuatan ilmu, ekonomi dan kepakaran. Kita tidak boleh lagi 'memendamkan' kebolehan diri tetapi perlu berani menyatakan pada dunia bahawa kita umat Islam bukan selamanya akan 'bergelandangan' di bumi yang Tuhan cipta khusus untuk para hamba dan khalifahNyA.
Ayuh, mulakanlah dengan diri anda sendiri walau di bumi mana anda bernafas. Jangan tidur lepas Subuh dan manfaatkanlah masa yang ada dengan apa sahaja ilmu. Solat jemaah dan tepat pada waktu jangan tinggal. Qiyamulail WAJIB. Jangan terpengaruh dengan budaya hedonisme terutama filem di televisyen.
sumber: www.ummuhani.com
Wednesday, January 14, 2009
Majlis Pendaftaran Pelajar Persijilan 2009/2010
PERKEMAT DQmengalu-ngalukan kehadiran pelajar baru persijilan sesi 2009/2010 dan pelajar program persijilan bagi orang kurang upaya masalah penglihatan yang baru mendaftar pada 28 Disember 2008 dan 30 Disember 2008 baru-baru ini. Semoga dapat menjalani kehidupan baru di sebagai huffaz di Darul Quran dengan baik dan tenang.
Sekitar Majlis Perjumpaan Alumni Dq
Tarikh : 27 Disember 2008
Sunday, January 11, 2009
BOIKOT BARANGAN AMERIKA DAN ISRAEL LAKNATULLAH

JIKA KITA BETUL-BETUL SAYANGKAN ISLAM BOIKOTLAH BARANGAN AMARIKA DAN ISRAEL LAKNATULLAH..
antara barangan yang biasa kita gune dalam kehidupan harian kita :
MC'DONALD,COCA COLA,NOKIA,DISNEY,NESTLE,MAGGI,SUNKIST,KITKAT,JOHNSON N JOHNSON,DANONE,KLENEX,KOTEX,AMBIPURE,LOREAL,SPRITE,STARBUCKS COFFEE, MAYBLLINE, TIMBERLAND, THE SUN DAN BANYAK LAGI..
SAMA-SAMA KITA MEMBANTU SAUDARA SEISLAM KITA DI PALESTIN, SEANDAINYA INI SELEMAH-LEMAH BANTUAN YANG KITA DAPAT LAKUAKAN..










